|CheckList WalimatuUrus|

Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, & Konnichiwa! . And follow Me if you like My blog. Leave your footprint on My chatbox ^^ & Hate My blog? Please, click H E R E


16 rahsia wajah jelita.

Assalamualaikum wbt ,



1.Jadikan timun sebagai "sahabat baik" kamu. Selain enak dijadikan ulam, timun juga merupakan bahan penting untuk mendapatkan kulit yang segar dan cantik. Ingin mencubanya ? Kamu hanya perlu menyapukan hirisan timun disekitar mata, hirisan timun juga dapat menghilangkan lingkaran hitam pada mata.

2.Hilangkan kesan sembab dan letih hanya dalam beberapa minit ? Celupkan span bersih ( biasanya span yang digunakan untuk bedak padat 2-1 ) ke dalam air sejuk. Kemudian lekapkan pada mata dan hasilnyaa , sungguh menajubkan.

3.Tidur terlentang letih sihat berbanding tidur meniarap. Selain dapat melegakan sistem pernafasan, tidur terlentang juga dapat mengurangkan risiko kulit wajah berkedut.

4. Hentikan pengambilan kafein ! Tahukah kamu bahawa kafein akan menyebabkan selulit semakin bertambah dan tubuh sukar menyerap vitamin.

5. Lupakan produk makanan yang sudah siap diproses. Sebagai ganti, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.

6. Mada adalah kunci dalam kecantikkan. Selain dijadikan makanan tambahan pada setiap pagi, madu juga boleh dijadikan masker wajah. Caranya mudah, kamu hanya perlu mencampurkan madu dengan gula perang. Kemudian panaskan di dalam ketuhar, selama 5 saat. Setelah sejuk, sapukan rata-rata pada wajah.

7. Jangan merias wajah seperti topeng ! Sebaiknya pilih kosmetik yang ringan dengan kadar air yang tinggi. Riasan yang nipis boleh membuatkan kamu nampak manis dan jelita.

8. Pemerah pipi juga penting untuk mengembalikan seri pada wajah. Jika kamu berkulit cerah, pemerah pipi warna merah jambu muda atau 'beige sesuai untuk membentuk bingkai wajah. Sementara kulit jenis sawo matang pula, pemerah pipi warna coklat dengan campuran 'bronze' sesuai untukmu.

9. Percaya atau tidak, tidur tanpa bantal akan menyebabkan lingkaran hitam bawah mata semakin jelas kelihatan. Jadi, tidurlah dalam keadaan kepala kamu beralas dengan bantal.

10. Untuk mengekalkan kecantikkan , kamu perlu minum lebih air putih. Selain mejadikan tubuh kamu sihat dan segar, air putih juga berfungsi meningkatkan metabolisme dan membuang segala toksin yang terdapat dalam tubuh.

11. Jangan malas bersenam ! Lakukan regangan ringan setiap kali bangun dari tidur. Peredaran darah yang lancar akan membuatkan tubuh kamu berasa segar dan sihat.

12. Luangkan masa untuk memanjakan diri di Spa , wlaupun hanya untuk rawatan muka, lulur, urutan atau ke salun rambut. Hasilnya badan kamu akan berasa lebih sihat dan segar.

13. Hindari stress, dengar muzik yang lembut dan cuba lapangkan fikiran dan fikirkan perkara yang positif dan indah belaka.

14. Makan coklat ! Mengikut kajian, kandungan antioksida flavanol yang terkandung didalam koko membuatkan kulit kamu lebih licin.

15. Vitamin itu penting. Ia mungkin tidak akan menunjukkan kesan dalam sehari, tetapi vitamin dapat membekalkan nutrien dan menjadikan kulit kamu sihat dan bercahaya.

16. Lutut kering dan kasar ? Campurkan 1/2 cawan minyak bayi dengan 4-4 sudu teh gula pasir. Kemudian sapukan rata-rata ke bahagian lutut. Selepas itu, basuh dengan sabun dan bilas sehingga bersih. Akhir sekali sapukan lutut kamu dengan losen yang mengandungi vitamin .



Wajib kamu tahu !
-Hindari rokok ! Rokok tidak baik untuk kesihatan dan kulit.
-Tidur yang cukup akan membuatkan tubuh kamu sentiasa fit.
-Tidur tanpa mekap ! Pastikan kamu berwajah besih sebelum tidur .

2 comments:

Ain I Mama said...

Perkongsian yang baik..

Inlove-wanda.blogspot.com said...

Ain : :)
Eyqa : in sha allah.

Blog Archive

Copyright © 2011 AddaAbdullah - All Rights Reserved - Template by Adda Abdullah