"Hai sayang... Dah makan ? Dah minum ?"
-Si dia rajin menghantar sms sahaja walaupun bertanyakan soalan-soalan remeh. Jika tidak, telefon kamu selalu berdering. Ayat yang berbunyi seperti ini tentunya akan sentiasa terkeluar dalam perbualan. "SMS akan lebih bermakna. Tahan lebih lama...."
"Saya dah janji dengan Keluargalah."
-Secara tiba-tiba terutamanya apabila hujung minggy, Si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya atau kekawannyanya daripada keluar bersama kamu. Walaupun dah bermacam-macam cara kamu cuba lakukan dan berusaha mengheretnya keluar dari rumah, dia tetap taknak keluar juga.
"Nak Shopping ? Tak nak lah sayang."
-Alasan " Lain kali sajalah " cukup sinonim dengan situasi ini. Si dia semestinya kelihatan tidak tenang, bermacam pun alasan akan keluar daripada mulut manisnya apabila kamu mengajaknya. Kemungkinan Si dia takut sekiranya kamu akan menyuruhnya membelikan sesuatu.
"Happy Anniversary Sayang. Sorry, present takde. TskkkTskk."
-Apabila tibanya hari-hari istimewa sepert ulang tahun kamu berdua, hari jadi atau hari-hari istimewa, Si dia hanya berikan ucapan tanpa memberikan hadiah. Alasannya Si sia belum menjumpai hadiah yang betul-betul sesuai dengan kamu.
"Mari ke Zoo Negara ke ? Planetarium ke ? Musium ke ?"
-Hendak mengubah angin katanya. Hehew -,,. Kononnya sudah bosan asyik melihat kedai baju dan berada di tempat yang ramai orang. Sebelum ni elok je , tak pernah pula Si dia mengajak kamu ke tempat-tempat bersejarah.
"Saya penatlah awak."
-Selalunya selepas menjemput kamu, Si dia mesti ajak singgah dahulu tapi kini dia terus menghantar ke rumah. Alasannya, hendak berehat sebab taksedap badan. Senang cerita alasan tu merupakan kama ganti bagi perkataan " NO MONEY" .
"Asyik mamak. Jomlah beli makanan kat pasar malam. Lepas tu lepak langat ke ? Romantik sikitkan."
-Kebiasanya dia akan bawa kamu ke restoran mamak, lelepak dua-tiga jam. Tetapi kali ni, dia ajak kamu jejalan ke pasar malam dan lepak tempat-tempat romantik. Kamu mesti pelik bukan dengan perangai pelik Si dia.
"Tengok DVD jelah. Sama je pun kan."
-Kini menonton filem dirumah menjadi aktiviti kesukaannya. Setipa kali kamu mengajak Si dia menonton wayang, pelawaan kami tentunya ditolak serta merta. Kononya Si dia kata dia lebih suka baring-baring dan santai ketika menonton filem. Faham-faham jelah kenapa Si dia berubah angin yerr."
" Lapar yee , Cian. Nak saya temankan?"
-Nampak tak ? Bila Si dia keluarkan ayat keramat itu " Temankan", tu tanda-tanda Si dia tidak mempunyai duit yang cukup untuk belanja kamu makan. Jika kamu masih mengajaknya keluar. Tentunya dia akan memberi kamu jawapab seperti, " Saya kenyang lagi, tadi dah makan kat office. Jado saya temankan awak jelah." HAHA
"Kereta/motor saya rosak lagi"
-Tanpa, Si dia akan mula bercerita tentang motor/kereta kesayangannya yang selalu meragam. Ada je takkena , macam macam hallah. Itulah yang dimaksudkan Si dia tidak mempunyai duit lebih untuk belanja kamu.
So , macam mana. Takkan takfaham-faham lagi kot ladies. Hehehe
YangBagiTips,
NurShuhada(inlove-wanda)
No comments:
Post a Comment