|CheckList WalimatuUrus|

Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, & Konnichiwa! . And follow Me if you like My blog. Leave your footprint on My chatbox ^^ & Hate My blog? Please, click H E R E


AWAS !! 10 lelaki kaki temberang.




1.Meminta-minta.
-Ini memang tujuan asalnya iaitu menjadikan kamu sebagai lombong emasnya. Setiap kali pergi Shopping . ada sahaja yang dimintanya itu akan menyusahkanmu , namun si dia langsung tidak fikirkan tentang kesusahan kamu.

2.Pentingkan diri.
- Apa sahaja yang diambil semua untuk kepentingan dirinya sahaja. Si dia langsung tidak fikirkan situasi kamu. Sikap pentingkan diri sendirinya biasanya boleh dilihat dengan jelas.

3.Mendesak.
-Si dia sering mendesak kamu mengikut katanya dan membantunya menyelesaikan masaalah yang dihadapinya. Biarpun kadangkala apa yang dikatanya itu tidak logik untuk diikut , tetapi kerana sikapnya yang suka mendesak si dia sikit pun tidak mempedulikan perasaan kamu.

4.Mengukit
-Sekali dia membuat kebaikan , diungkitnya berkali-kali seperti dia seorang sahaj yang baik dan banyak berkorban.

5.Iri Hati.
-Si dia kan rasa tidak selesa atau iri hati melihat kelebihan yang ada pada pasangannya.

6.Harapkan balasan.
-Si dia mengharapkan balasan di atas setiap apa yang dilakukan untuk kamu. Perkataan lain, si dia tidak ikhlas membantu kamu.

7.Putar belit.
-Cakapnya tidak serupa bikin atau lembut gigi dari lidah. Hari ini cakap lain esok lain jadinya.

8.Tidak tepati janji.
-Apabila berjanji tidak pernah tepati. Ada sahaja alasan yang diberikan apabila waktu menunaikan janjinya. Bukan itu sahaj, si dia juga selalu tidak menepati masa apabila berjanji dengan kamu.

9.Berat tulang.
-Lelaki yang suka ambil kesempatan ini selalunya pemalas dan sering tidur di waktu siang. Manakala suka berjaga malam untuk tujuan keseronokkan . Orang lain membanting tulang bekerja cari duit, dia pula hanya mengharapkan kamu akan terus menanggungnya.

10.Tidak sanggup susah.
-Setiap kali kamu dalam kesusahan si dia pasti menghilangkan diri. Si dia tidak sanggup susah bersama kamu, tetapi jika kamu senang setiap masa dia akan tetap berada disisi kamu.

Blog Archive

Copyright © 2011 AddaAbdullah - All Rights Reserved - Template by Adda Abdullah