Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, & Konnichiwa! . And follow Me if you like My blog. Leave your footprint on My chatbox ^^ & Hate My blog? Please, click H E R E
6 cara diet untuk lelaki
SEDERHANA .
-Bersederhana dalam diet merupakan aturan keseimbangan pengambilan makanan yang diperlukan untuk tubuh. Seimbangkan jumlah makanan dengan kalori yang anda perlukan untuk beraktiviti .
BERFIKIRAN POSITIF .
-Dianggap lebih gemuk sebelum memulakan diet adalah ancaman yang boleh membuat anda kurang bermotivasi. Berbanding murung dengan komen sebegitu, adalah lebih baik jika anda menjadikan komen tersebut sebagai motivasi untuk anda mempertahankan komitmen untuk berdiet.
BERPASANGAN .
-Lakukan program diet bersama dengan pasangan lebih baik untuk memastikan program berdiet berjaya. Tambahan, ia juga boleh menjadi aktiviti yang menyenangkan. Dengan cara ini, anda dan pasangan boleh saling memberi dorongan antara satu sama lain.
MENGHARGAI .
-Seperti pertandingan, jika anda berjaya pastikan anda memberi hadiah kepada diri anda sendiri atau pasangan anda. Contohnya, jika anda berjaya cakap sasaran untuk turunkan sebanyak 4kg dalam tempoh seminggu, anda berhak untuk mendapat hadia untuk menonton filem kegemaran . Lakukan juga kepada pasangan anda.
MENU DIET BARU .
-Menu diet biasanya menjemukan apatah lagi biasanya menu itu sahaja sering diulang-ulang untuk dimakan setiap hari. Oleh itu, carilah beberapa rujukan olahan kreatif yang boleh anda cuba ketika sedang berdiet.
TAHU APA YANG PERLU DIKURANG DAN DILEBIHKAN .
-Mudah sekali untuk mengamalkannya. Anda tahu apa yang perlu dikurangkan dan dilebihkan ketika berdiet. Justeru cuba dengan sebaiknya. Kurangkan gula, garam, karbohidrat dan lemak sebaliknya lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan air putih.