|CheckList WalimatuUrus|

Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, & Konnichiwa! . And follow Me if you like My blog. Leave your footprint on My chatbox ^^ & Hate My blog? Please, click H E R E


Miss 'V' Berbau




1. JAGA AGAR TIDAK LEMBAB
//Biasakan untuk membilas vagina setiap kali selesai buang air kecil atau air besar. Pastikan membilasnya sehingga bersih, kemudian keringkan sebelum memakai seluar dalam. Jika sekitar organ tersebut dibiarkan lembap, maka kulat akan tumbuh dengan mudah.

2.TEKNIK MEMBERSIHKAN VAGINA
//Ketika membersihkan vagina, basuh bahagian luarnya dengan air suam dan sabun yang tidak mengandungi pewangi. Bersihkan dengan gerakkan dari arah depan ke belakang. Perkara ini penting dilakukan untuk menghindari perpindahan kuman dari dubur ke vagina.

3.PENGGUNAAN KERTAS TISU
//Apabila menggunakan tisu untuk membersihkan daerah vagina, sebaiknya kualiti kertas tisu itu diperhatikan. Lendir dan air memang terserap dengan baik oleh tisu. Namun, tisu yang digunakan boleh sahaja tercemar oleh kuman dan bakteria penyebab pelbagai jangkitan.

4.JANGAN TERLALU KETAT
//Hindari pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat kerana boleh mengundang kelembapan dan memberi peluang kepada kulat untuk tumbur subur pada kawasan tersebut.

5.GUNA PEMBALUT YANG LEMBUT.
//Sewaktu menstruasi, gunakan pembalut dengan permukaan yang lembut dan kering sehingga tidak menimbulkan kegatalan. Selain itu gantilah pembalut sekerap yang mungkin. Pada saat aliran darah banyak , minimum 5-6 jam sekali, darah yang tertampung pada pembalut boleh menjadi punca tumbuhnya kuman penyebab jangkitan.

6.PRODUK PEMBERSIH VAGINA
//Hindari menggunakan produk yang mengandungi pewangi untuk membersihkan vagina. Produk-produk tersebut bukanlah produk yang tepat untuk membersihkan vagina, justeru membahayakan dan boleh menimbulkan masaalah pada vagina.

Blog Archive

Copyright © 2011 AddaAbdullah - All Rights Reserved - Template by Adda Abdullah