Dengan mata terpejam aku menaip mengikut gerak hati. Apa yang hendak diluahkan aku luahkan dengan perlahan-lahan. Dengan putaran lagu di radio seakan memahami hati aku waktu dan detik ini. Itu cinta atau inikah cinta. Dengan menutup mata hati aku sahaja aku mampu melafaskan kata-kata cinta terhadap orang yang tak aku cinta sepenuh hati. Adakah hati aku sering tersalah pilih mencintai orang ? Salah hati aku kah . Persoalan itu buat aku letih , persoalan itu buat aku tergagap untuk menjawabnya. Aku tak tahu dimata hati aku tatkala ini. Tapi aku terima cintanya dengan hati yang terbuka. Kerana dia mampu mendidik aku. Kerana dia sering ada disisi aku. Dan cuba fahamkan apa yang tak aku fahami. Dengan hati yang sakit , dia terima apa yang aku lakukan. Maaf, kenyataan itu melukakan hatinya. Aku takmampu menindakkannya jikalau ianya benar. Hati ini tiada debaran saat bersamamu. Mungkin dia yang terdahulu menghidupkan denyutan ini. Denyutan Cinta sesama manusia. Itu sukar untuk aku mentafsirnya saayang. Aku kasihi kau , Aku menyayangi kau , Aku merindu kau & Aku sangat hampir mencintai kau sayaang. Teruskan mencuba. ILy_ikhwan <3
No comments:
Post a Comment