Assalamualaikum wbt .
Air Mani , Air Mazi dan Air Wadi. Apakah yang dikatakan ketiga-tiga air ni?
Mesti ramai yang keliru atau langsung tidak pernah tahu.
Jadi saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi artikel yang telah saya baca
dari sebuah blog dengan rakan-rakan semua.
AIR MANI
Maksud Air Mani
-Air mani ialah cecair putih pekat yang
keluar apabila sampai kepada kemuncak syahwat. Ia bukan najis tetapi
hendaklah mandi wajib bagi mensucikannya untuk membolehkan seseorang itu
menunaikan ibadat..
Hukum jika keluar Air
Mani -
Hukumnya adalah wajib
untuk mandi wajib. Ini bukan suatu perkara yang boleh dimain-main kan kerana tak sah
segala ibadat jika badan tak suci dari hadas.
Bagaimana Air Mani
boleh keluar -
Air Mani tidak akan keluar
tanpa diberi ransangan pada alat syahwat (alat sulit). Maknanya
ianya keluar apabila kita terangsang yang amat sangat.
Pandangan mahzab
terhadap air mani -
Air mani lelaki
dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki.
Namun Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Berkata al-Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta’ala : Mani jika keluar daripada lelaki maka boleh dikenali dengan tanda-tanda berikut ; i) Air yang putih. ii) Kenyal dan melekit. iii) Memancut ketika keluar berkali-kali. iv) Keluar dengan syahwat. v) Merasa lazat ketika terpancut. vi) Menyebabkan rasa tak bermaya atau lesu. vii) Bau lembab seperti bau pasta gandum. viii) Bau seperti putih telur. Perhatian : Tidaklah disyaratkan terdapat semua ciri-ciri di atas barulah diwajibkan mandi sebab kadang-kadang ciri-ciri tersebut didapati sebahagian sahaja tetapi memadailah adanya salah satu daripada 3 ciri khusus di atas iaitu ; i) Keluar dengan syahwat. ii) Bau lembab seperti bau pasta gandum. iii) Memancut ketika keluar berkali-kali. Hukum mani adalah suci dengan mana-mana sifat sekalipun.. Adapun mazi dan wadi adalah najis yg membatalkan wudhuk tetapi tidak diwajibkan mandi. So bila air mani tu suci waimma dia kering atau basah maka dibolehkan utk dipkai pakaian tsebut utk sembahyang..
Berdasarkan sebuah hadith dari Abu Daud,Ibnu Majah dan al-Tirmidzi.Al-Tirmidzi mengatakan hadiht ini sebagai hadis hassan sahih. Diriwayatkan dari Sahl bin Hunaif,dia berkata,cara penyucian bagi air mani: Air mani yang dah kering cukuplah sekadar mengikisnya atau membasuhnya. Dalilnya: hadith riwayat muslim: Aisyah berkata,"Aku mengikis kesan air mani pada pakaian Nabi saw yang telah kering.Kemudian baginda memakainya untuk solat." Hadith riwayat bukhari dan muslim: Aisyah berkata, "Aku membasuh kesan air mani pada pakaian Nabi saw.Kemudian baginda memakainya untuk solat.Sedangkan masih basah(baju yang dipakaii Nabi) kesan air basuhan tu pada bajunya." Dalam perkara ini,para ulama berselisih pendapat sama ada air mani perlu dibasuh atau dikikis. Yaang paling rajih,ia perlu dibasuh jika ia masih basah,jika sudah kering memadailah dengan mengikisnya kerana tsabit dari perbuatan Saiditina Aisyah.,berdasarkan sebuah hadith yang direkodkan oleh al-Daruqutni, "dari Aisyah : Aku mengikis kesan air mani Nabi saw yang telah kering,dan membasuhnya jika masih basah." JIka seseorang terlupa untuk membasuhnya ketika masih basah maka solatnya tetap sah.Kerana terlupa.
AIR MAZI
Maksud Air Mazi -
Air Mazi ialah cecair
jernih yang keluar disebabkan rangsangan ketika mukaddimah syahwat (di
awal rasa rangsang).Ia merupakan air yang keluar dari
kemaluan lelaki dan wanita aoabila seseorang itu berada dalam keghairahan
(syahwat). Ia adalah sejenis najis .Warnanya jernih dan bertali.
Hukum jika keluar Air
Mazi -
Tidak perlu mandi wajib.Tetapi
jika ingin solat hendaklah menyucikan diri dan mengalas sesuatu kepada pakaian
dalam jika berada di luar untuk beribadat.Elok jika tukar seluar dalam anda
apabila hendak solat.
Bagaimana Air Mazi
boleh keluar -
Selain daripada pandangan yang
memberangsangkan (melihat sesuatu yang boleh mendatangkan ransangan seperti
gambar porno, wanita seksi.. dll) banyak lagi sebab kenapa aiar mazi boleh
keluar. Antaranya ialah ketika membuang air besar atau kecil. Air Mazi terhasil
apabila otot lantai pelvis tercengkam apabila meneran.Kadangkala cecair
daripada pundi prostat juga akan terkeluar ketika membuang air besar. Ia
berlaku apabila najis yang turun melalui usus menekan pundi prostat dan cecair
akan terkeluar menerusi saluran kencing.Warnanya jernih atau kelabu
kekuningan.Semua perubahan ini adalah semula jadi dan bukannya penyakit..Seterusnya
air mazi juga boleh terhasil semasa seseorang itu bermimpi yang menyebabkannya
apabila terjaga dia terasa sesuatu cecair telah keluar,ini juga adalah sejenis
air mazi.
Pandangan Air Mazi
menurut Mazhab -Semua lama bersetuju
yang air mazi ialah sejenis najis. Hasilnya, majoriti pandangan
ulama yang menyatakan menelan dan menghisap termasuk cecair mazi ini
haram atau makruh berat. para ulama juga menegaskan bahawa perlu membasuh
dengan segera jika terkena air mazi tadi. Mazi dianggap najis lain yang
kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi atau meminum air kencing.
Maklumat tambahan
tentang Air Mazi -
Bagi mereka yang selalu
melakukanseks oral. Anda disarankan utk menghentikan perbuatan
tersebut..Perbuatan seks oral ini adalah diharamkan termasuk dalam fatwa Islam
di Malaysia. Diingatkan sekali lagi, air mazi adalah HARAM untuk ditelan dan
ianya ADALAH NAJIS.Walaupun ada yang beranggapan bahawa yang ditelan oleh
pasangan mereka adalah air mani ( suci ) tetapi bukankah sebelum keluarnya air
mani itu disertakan sekali dengan air mazi? Fikir-fikirkan la.......
Berdasarkan sebuah hadith dari Abu Daud,Ibnu Majah dan
al-Tirmidzi.Al-Tirmidzi mengatakan hadiht ini sebagai hadis hassan sahih.
Diriwayatkan dari Sahl bin Hunaif,dia berkata,"Aku selalu menghadapi masalah terlalu banyak keluar mazi.Aku dapat rasakan bahawa akulah orang yang paling banyak mandi junub.Lalu,aku ceritakan kepada Rasullullah saw.Baginda bersabda: Sebenarnya,memadai hanya engkau berwuduk.Aku bertanya: Ya rasullullah sawbagaimana jika ia terkena pakaianku? Baginda menjawab: Memadai engkau mengambil seceduk air kemudian merenjis pada pakaianmu di mana sahaja kamu lihat ada kesan mazi."
AIR WADI
Maksud Air Wadi -
Adalah air putih kental yang
keluar dari kemaluan seseorang selepas buang air kecil (kencing). Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki
dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, jogoing dan
lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga.
Hukum jika keluar
Air Wadi -
Keluarnya air wadi maka terbatallah
segala wuduk termasuk ibadat. Ianya sama seperti air mazi.Cara untuk
membersihkannya ialah dengan mencuci kemaluan dan ambil semula air wuduk
kembali jika ingin solat.
Bagaimana Air Wadi
boleh keluar -
Kadangkala air wadi boleh
terhasil akibat letih atau mengangkat sesuatu yang berat selain
daripada bekerja di siang hari ( mungkin ketika di waktu yang panas terik)
Sumber : cp
Sumber : cp
1 comment:
Apakah hukum mazi yang sudah kering? Adakah ia masih lagi najis?
Post a Comment