|CheckList WalimatuUrus|

Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, & Konnichiwa! . And follow Me if you like My blog. Leave your footprint on My chatbox ^^ & Hate My blog? Please, click Here


beberapa jenis lelaki yang sepatutnya dielakkan

Assalamualaikum .

 Sesetengah Kaum wanita pasti ada ciri-ciri tersendiri semasa memilih calon suami yang sesuai. Begitu juga lelaki mahukan wanita cantik Dan ETC. Ada yang suka lelaki beriman, ada yang mencari lelaki yang matang, tidak kurang juga yang mencari lelaki yang stabil dari segi kewangan. Malah ada juga yang menilai lelaki berdasarkan paras rupa.
Namun ada beberapa jenis lelaki yang  dielakkan dari menjadi calon suami.

Antaranya:

1. Lelaki Takda Duit

Sangat menyakitkan hati seorang wanita bila si lelaki tak ada duit. Apa apa nak buat mesti wanita yang tanggung. Time pergi makan luar, wanita kena bayar, topup.. wanita keluar duit, minyak nak pergi dating pun wanita yang tanggung. Pasti wanita itu akan terfikir, “lelaki cam ni ke yang nak bela aku ngan anak anak nanti? Makan nasi ke makan pasir?”.

2. Lelaki Panas Baran

Tiada wanita yang sanggup menahan perangai si lelaki panas baran. Kalau ada benda tak kena sikit je dia dah mula mengamuk. Kalau nampak awek dia keluar dengan orang lain mula la dia bising tak tentu pasal. Bukan nak siasat dulu ke sebagainya. Wanita pun boleh naik menyampah dengan sikap macam ini.

3. Lelaki Tak Kacak

Wanita ni sesetengahnya ada yang memilih. Kalau muka macam kambing gurun tu memang cepat cepatlah wanita akan ‘reject’. Tapi salah si lelaki jugalah. Dah tahu muka tu tak berapa nak market, pakailah smart smart biar si wanita terpikat. Dan nasihat kepada si wanita juga, jangan terlalu memilih berdasarkan rupa ye.

4. Lelaki Kaki Pukul

Kalau nak dibandingkan dengan lelaki panas baran, lelaki kaki pukul ni lagi menakutkan. Salah sikit, terus disepak terajang. Lelaki macam ni memang tak layak dan tak patut dipilih sebagai suami. Kalau belum kahwin dah berani naik tangan, dah kahwin mesti si isteri jadi pelanggan tetap hospital kerajaan.

5. Lelaki Kedekut

Berlambak kali kita dengar pasal lelaki yang tak pernah nak hadiahkan pasangan dia sesuatu sebagai tanda cinta. Bunga tak pernah bagi, coklat tak pernah bagi sampaikan belanja makan pun tak pernah. Bagi lelaki jenis ni ”duit dia duit dia, duit aku duit aku”. Kalau macam ni lah gayanya mesti lepas kahwin semua makanan kena catu. Setahun makan ayam 3 kali,ikan 5 kali dan sayur 10 kali. Yang hari hari lain mendatang makan nasi dan kicap saja.

6. Lelaki Pelik

Lelakki yajng dikategorikan pelik dari segi perbuatan. Bila dating je dia mula start ulas pasal benda tak patut. Sepatutnya sembang tentang diri dan pasangan tetapi ni dia cerita pasal The Second Law of Thermodynamics, Typhoid Mary, Iraq’s WMD dan Theory of Heliocentricity. Macamlah awek dia tu faham dan berminat. Perempuan tu nak kasih sayang bukannya sijil Ph.D.

7. Lelaki Banyak Awek

Kata orang 80% lelaki yang ada ramai awek ni dah banyak kali tidur dengan perempuan. Lelaki banyak awek ni nafsu dia lain macam sikit. Dia bukan ikhlas nak buat awek dia tu jadi isteri pun, setakat nak main main je. Jadi lelaki macam ni memang wanita patut elak dari buat suami.

8. Lelaki Biseksual

Ni mungkin bukan semua wanita akan tolak. Malah banyak juga keluarga yang aman harmoni hidup bahagia walaupun si suami tu biseksual. Si isteri yang tahu pun rasa biasa je. Tapi bagi sesetengah wanita mereka rasa geli dengan boyfriend mereka bila si lelaki mengaku dia minat kat lelaki juga. Lelaki tu dianggap sebagai tak macho, lembut dan lain dari yang lain.

9. Lelaki Tak Matang

Kaum wanita selalunya memang rimas dengan lelaki yang bersikp tak matang. Kadang kala perangainya lagi teruk dari budak-budak. Langsung tiada ciri-ciri nak dibuat suami. Nanti bila dah kahwin dan dah ada anak, tak pasal-pasal ayah dan anak berebut nak tengok cerita kartun kegemaran yang berbeza.

10. Lelaki Tak Beriman

Selalunya wanita mahukan lelaki yang solat cukup 5 waktu sehari, rajin ke surau, selalu membantu orang lain dan sebagainya. Kalau lelaki tak beriman macam mana nak jadi ketua keluarga dan pembimbing? Lebih teruk lagi kalau perangai si lelaki tu dah macam saudara syaitan pasti kaum wanita akan terus reject.



Inilah dia 10 Jenis Lelaki Yang Tidak Sesuai Dijadikan Suami. Buat kaum lelaki kalau anda termasuk dalam mana-mana kategori kat atas ni, ubahlah diri anda. Dan kepada kaum wanita, kalau anda nak suami yang terbaik, terlebih dahulu jadilah yang terbaik. Dan kalau anda nak suami baik, Anda kaum wanita berubah juga menjadi Lebih Baik. #copypaste

No comments:

Post a Comment

TerimaKasih sebab sudi meluah rasa :
Adda hargaii :) walau adda takreply kadang-kadang..
Do Money Click HERE