|CheckList WalimatuUrus|

Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, & Konnichiwa! . And follow Me if you like My blog. Leave your footprint on My chatbox ^^ & Hate My blog? Please, click Here


Kejutan Istimewa Buat Si Dia.


1.Berikan hadiah ketika bukan hari jadinya atau ulang tahun hubungan kalian. Dia pasti tidak menduga dan benar-benar terharu.
2.Beli barang idamannya, dia pasti akan menghargai usaha kamu memenuhi impiannya.
3.Kirimkan kad istimewa yang kamu buat sendiri sebagai tanda ingatan. Lebih dramatik kamu boleh tinggalkan kad ini didalam keretanya atau pos kerumahnya. Cara ini mungkin konvensional tapi amat menyentuh perasaan.
4.Bagi si Gadis, kamu boleh buat kejutan dengan membeli dua keping tiket perlawanan akhir buat sidia dan teman baiknya. Manakala jejaka pula, hadiahkan pakej spa kepada kekasih dan teman baiknya. Kejutan ini akan membuatkan dia berasa bangga memiliki kekasih yang memahami dan menghargai temannya.
5.Lari daripada kebiasaan. Misalnya jika selama ini kalian gemar bersiar-siar apa kata sekali sekala , kamu membawanya menonton wayang.
6.Kamu boleh merancang parti istimewa buat si dia. Lakukan kejutan ini bersama keluarga dan teman-temannya.
7.Jika kamu mempunyai hubungan baik dengan keluarganya, apa kata kamu turut serta percutian dengan keluarganya. Si dia pasti gembira dengan kehadiran kamu.
8.Masak makanan kegemarannya, kamu boleh ajak dia makan bersama atau kirimkan bekal ke pejabat atau rumahnya. Kejutan ini ringkas tapi amat bermakna buat dirinya.
9.Tanpa pengetahuannya, tempah baju sama tema warna untuk majlis atau perayaan istimewa seperti hari raya, hari kekasih atau sebagainya.
10.kemunculan kamu secara tiba-tiba ketika dia menghadapi detik penting seperti perlawanan bola sepak. Berikan kata-kata semangat kepadanya sebagai tanda sokongan , pasti si dia berusaha untuk memberikan persembahan yang terbaik dan mendapat pujian ramai.