|CheckList WalimatuUrus|

Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, & Konnichiwa! . And follow Me if you like My blog. Leave your footprint on My chatbox ^^ & Hate My blog? Please, click H E R E


Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Lelaki .


1.Tidak ramai lelaki yang sanggup mencuba memasak atau mempelajari teknik memasak. Amat beruntung seorang perempuan itu jika temannya sudi memasak makan malam buatnya. 
2.Lelaki gemar menonjolkan sifat kelakiannya untuk menambat hati kekasih. 
3.Jika seseorang lelaki meminati seorang perempuan tidak semestinya perempuan itu cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi sahaja. 
4.Kebanyakkan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh perempuan. 
5.Lelaki boleh menyukai gadis yang banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran mahupun minat kerana banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama. 
6.Sudah menjadi perkara biasa sekiranya lelaki cemburu apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. 
7.Lelaki GENTLEMAN akan sentiasa menghormati seorang perempuan tidak kira situasi atau keadaan.
8.Lelaki akan cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hari sang kekasih.
9.Lelaki tak suka gadis yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya.
10.Bila lelaki cakap secara terus ataupuns direct to the point dalam sesuatu hal itu, dia sebenarnya bersikap berterus terang dan mengharapkan perempuan memahami maksudnya.
11.Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap kaum yang bertentangan. Oleh sebab itu, mereka suka melihat perempuan dan kemudian menjelingnya.
12.Ramai lelaki resah apabila berhadapan dengan situasi untuk mengajak perempuan keluar untuk kali pertama.
13.Betapa hebatnya seorang lelaki itu bersikap serperti playboy dan keluar dengan ramai perempuan, namun dia tetap akan mempunyai seorang teman wanita yang istimewa. Manakala selebihnya hanyalah kawab biasa.
14.Semestinya lelaki juga akan bersedih jika sesebuah hubungan terputus di tengah jalan. Bezanya dengan kaum hawa, mereka tidak menunjukkan kesedihan di hadapan orang ramai.
15.Apabila seseorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu sepatutnya memberi sesuatu petunjuk kerana lelaki biasanya tidak dapat membaca isi hati seorang perempuan seandainya ia tidak diluahkan.
16.Apabila lelaki bercakap "Errmm...Tengoklah dulu" itu bermakna dia berkata kurang bersetuju ataupun memang bermaksud tidak.
17.Lelaki boleh menjadi seorang yang begitu sensitif dan prihatin.
18.Adalah memalukan bagi sang arjuna jika mereka tidak berupaya menolong kaum hawa.
19.lelaki tidak boleh belajar tentang perempuan dari internet mahupun buku. Oleh sebab itu, meraka selalu keliru dengan sikap perempuan atau tidak faham mengapa perempuan bersikap begitu dan begini.
20.Lelaki cukup pantang jika ditegur tentang cara penampilan dirinya mahupun mengkritik minat serta kegemarannya.

Blog Archive

Copyright © 2011 AddaAbdullah - All Rights Reserved - Template by Adda Abdullah