Apa itu "PAPSMEAR" ?
"Pap Smear" mungkin ramai pernah dengar tetapi masih ramai juga yang masih tak pasti apa fungsi dan kerperluannya.
Bagi kamu SI GADIS yang belum berkahwin, ujian "PAP SMEAR" bukanlah satu kewajipan untuk dilakukan kerana ia hanya perlu dijalankan oleh wanita 20 hingga 65 tahun dan mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Walau bagaimanapun, sebagai gadis remaja yang akan meningkat dewasa satu hari nanti kamu perlu tahu apa sahaja yang berkaitan dengan perihal gadis termasuklah melakukan ujian "PAP SMEAR" . Jom semak sepintas lalu info tentang ujian ini.
1. "PAP SMEAR" merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan serviks. Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kenser ( sebelum terjadi ) iaitu terdapat sel serviks luar biasa boleh mengakibatkan kanser.
2.Nama "PAP SMEAR" diambil semperna nama individu yang pertaman menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR.GEORGE PAPANICOLAOU.
3.Ujian ini merupakan satu prosuder yang mudah. Sedikit sel diambil dari serviks dan dihantar ke makmal untuk kajian.
4. Ujian ini tidak menyakitkan. Cuba relaks dan tarik nafas panjang semasa spesimen sedang diambil.
5.Waktu yang sesuai menjalani ujian ini pada pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid/
6.Jangan lakukan "DUOCHE" atau gunakan "SPERMICID" perancang keluarga atau mengunakan gel "LUBRICANT" 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
PROSES KETIKA MELAKUKAN "PAP SMEAR"
-Tanggalkan seluar dalam,
-baring diatas katil.
-doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya serviks boleh dilihat.
-sejenis kayu "WOODEN SPATULA" dan berus yang kecil "CYTOBRUSH" dimasukkan ke dalam pangkal rahim untuk mengambil sedikit sel.
-sampel disapu diatas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa . Sekirannya kepuusannya luar biasa kesan mikroorganism atau
virus (jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada "SMEAR" . Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubatan ini sementara dan setempat
("BENIGN" - bukan menunjukkan kanser)). Sel-sel di serviks mungkin menunjukkan perubatan seperti keasaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).