Tahukah kamu bahawa ramuan strawberi boleh membenatu membuatkan kaki kamu menjadi lembut dan halus ? Nak tahu ? Apa kata kamu cuba semdiri di rumah.
Bahan-bahan yang diperlukan :
8 biji buah stawberi
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh garam
1/2 sudu makankacang almond yang di cincang halus
Cara membuatnya :
Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas. Kacau sehingga sebati, sehingga teksturnya berubah menjadi likat. Sapukan sebatian strawberi tersebut pada kaki sambil melakukan urutan yang lembut. Biarkan ramuan tersebut kering, gosok perlahan-lahan, terutamanya dibahagian tumit dan celah-celah jari. Akhir sekali bersihkan air dan keringkan dengan tuala bersih.
Lakukan dua kali seminggu dan lihat hasilnya :)