........ Itu mungkin beberapa dialong wanita di luar sana untuk memancing perhatian lelaki supaya lebih memberi perhatian terhadap mereka. Tapi AWAS perbuatan kamu sebenarnya lebih banyak mengundang bahaya kerana ego lelaki ini sebenarnya pantang dicabar. Jadi jika kamu ingin mencabar teman lelakimu, lebih baik fikirkannya dulu sebelum kamu sendiri merana.
1 . CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Wanita sememangnya suka mencabar teman lelaki mereka. Dialog seperti .. "kalau kamu tinggalkan saya, ramai lagi mahukan saya". AWAS dengan cabaran kamu kerana lelaki pantang dicabar dan tidak takut dengan risikonya.Takut kamu pula yang gigit jari.
2 . CABUL
Cabul itu bermaksud perilaku sumbang teman wanitanya tak kira kepada teman lelakinya sendiri mahupun keluarga lelaki itu. Sikat taktahu malu wanita ini akan membuatkan si lelaki tawar hati dan sekali gus meletakkan kamu kepada senarai akhir pilihan untuk dijadikan isteri.
3 . CELUPAR
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celopar. Apalah gunanya jika mempunyai paras rupa yang cantik dan jelita jika mulutnya tahap 'longkang'.
4 . COMOT
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ini sama ada melibatkan wajah wanita itu , penampilannya yang selekeh , kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, wanita mungkin merasakan mereka tidak perlu lagi berhias kerana merasakan sudah memiliki kekasih hati tapi hati-hati kerana tidak tahan dengan penampilan comotmu itu .
5 . CEMBURU
Cemburu perlu ada untuk sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau semburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada hubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Pasangan kekasih kalau terlampau mengawal pergerakkan pasangannya mungkin akan menerbitkan perasaan bosan dan terkawalkan ?? Jadi apa kata kurangkan perasaan cemburu supaya hubungan kamu dan pasanganmu sentiasa mersa dan aman.
6 . CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu, wanita perlu mengawal percakapannya. Lelaki tidak suka bila teman wanitanya cerewet tak bertempat.
7 . CINCAI
Lelaki tidak suka teman wanitanya ambil remeh tentang semua perkara. Baik dari segi berhias, menjaga percakapan, memasak, mengambil hatinya dan pembawaan dirinya. Sikap cincai ini mungkin akan membuatkan lelaki berfikir berkali-kali untuk menjadikan kamu suri hatinya.
8 . CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutamanya apabila ia melibatkan masa. Misalnya , apabila lelaki mahukan sesuatu perkara , dia mahukan temannya menyediakan seperti apa yang diminta. Bukan menyediakan sesuatu yang bukan menepati pilihan dan cita rasanya.