Trusted Love
-Biarpun tidak selalu kelihatan mesra namun gaya dalam percintaan seperti ini umumnya ' saling mengisi '. Biasanya mereka ini lebih kerap kelihatan enjoy bersama teman-teman & selalu berkonsi cerita sambil bergurau mesra serta bertukar senyuman. Gaya bercinta seperti ini membuatkan kita berasa lebih rileks dalam menghadapi masaalah dalam bercinta.
Macam BELANGKAS
-Couple jenis belangkas nie selalunya bermesra dan bermanja-manja tak mengira waktu dan tempat. Mereka seolah ingin menunjukkan kepada semua orang bahawa mereka adalah pasangan sejati. Jangan terlalu berlebihanan kerana hubungan tersebut boleh menjadi basi dan bosan. Sesuatu yang bersifat kejutan pasti akan terasa lebih berkesan kalau dibandingkan yang terjadi secara berterus-terusan.
Dramatik
-Hubungan cinta seperti ini tidak jelas. Adakalanya mereka kelihatan mesra , tetapi seminggu berikutnya dah bergaduh besar pula ! Gaya percintaan ini memang tidak membosankan tetapi sangat memenatkan. Apabila salah seorang daripadanya termasuk dalam kategori orang yang sabar, memanglah tak ada masaalah . Tapi apa yang akan tejadi jika ianya sebaliknya? Sampai bila boleh bertahan dalam keadaan yang macam tu ?
'Ketagih' Cinya
-Bagi mereka jatuh cinta ibarat bertukar baju. Apa yang peliknya, setiap kali jatuh cinta, mereka selalunya berasa yakin kalau BF nya kali ini adalah guyz yang paling ideal. Jika kita tergolong dalam sikap seperti ini, bersiap sedialah untuk mendapat berita buruk. Sebelum memutuskan hasrat untuk bercinta, memutuskan hasrat untuk bercinta, adalah lebih baik jika korang menjadi teman atau sahabatnya terlebih dahulu. Kalau korang berdua rasa memangnya serasi bersama, baru 'on' kepada perhubungan yang lebih serius.
Pasangan Camouflage
-Hubungan mereka sukar untuk diteka atau diramalkan. Apabila ditanya, dua-dua mendiamkan diri dan tidak mahu memberikan sebarang komen. Paling tidak, suma tersenyum. Gaya bercinta seperti ini hanya membuatkan kita tetap berstatus 'single'. Nak bukak mulut atau simpan perasaan cemburu pun takboleh, sebab hubungan yang terjalin memang tidak pasti statusnya. Jadi korang yang terjerat dengan percintaan seperti inni tak boleh naik angin tak tentu pasal kalau tiba-tiba ada orang lain tertarik atau jatuh hati dengan si dia. Ingat ! Si dia bukan hak korang.
Perfect Couple
-Mereka ni sama-sama ideal, pintar, bijak bergaul, dan sejiwa. Disebabkan terlalu ideal , dalam hati kita sering bertanya, bagaimana kalau mereka terpisah ? Gaya bercinta seperti ini harus berhati-hati. Ada diantara mereka mungkin hanya saling ingin memafaatkan. Jika korang termasuk dalam ketogori percintaan sebegini, segera lakukan evolusi dan prihatin apabila terjadi sesuatu yang tidak berkenan dihati.
Pasangan Mempesonakan
Kita berasa seronok apabila melihat kebahagiaan orang lain. Ajaklah pasangan ini menikmati makan malam dan sudah pasti orang lain yang kita undang pada hari itu akan terhibur. Apabila kita dan si dia memiliki gaya bercinta seperti ini, tetaplah bersikap Low Profile. Menjadi pusat perhatian memang best, tapi jangan bersikap terlalu over. Lambat laun, orang boleh naik menyampah.
Saling Menguasai
-Couple yang termasuk dalam gaya ini biasanya saling menguasai , dan takut di antara satu dengan yang lain. Cubalah untuk bersikap natural apabila berhadapan dengan orang lain. Adalah lebih baik jika kita menjadi diri sendiri dan tunjukkan bahawa kita memang bersunggunh-sungguh menyukainya.
Berlagak Solo
-Kelakuan mereka seperti orang yang masih solo, ke mana-mana sentiasa berlagak sendirian dan tidak pernah memperkenalkan kepada sesiapa pun siapa BF mereka yang sebenarnya. Malahan, salah seorang daripada mereka kelihatan malu apabila mengetahui ada yang sedang memerhatikan mereka berdua-duaan. Kalau kita seperti ini , dah pastilah ramai orang yang tidak bersimpati dengan nasib kita. Kenapa mesti malu untuk mengakui kehadiran si dia dalam hidup kita? Lainlah halnya kalau kita tidak bersungguh-sungguh mencintainya atau si dia itu hanyalah kekasih gelap kita.
'Just For Fun'
-Couple yang satu nie mempunyai hidup yang tersendiri. Perasaan saling menyukai dan memerlukan yang ada lebih bersifat kepada sebuah persahabatan. Tidak ada target yang mereka kejar dan tidak ada masalah pun kalau perhubungan mereka itu tidak berlanjutan hingga ke peringat lebih serius. Dalam hubungan seperti ini , kejujuran dan sikap terbuka amat diperlukan.