|CheckList WalimatuUrus|

Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, & Konnichiwa! . And follow Me if you like My blog. Leave your footprint on My chatbox ^^ & Hate My blog? Please, click Here


Checlist Tunang-done- Kahwin ( Dari Blogger Kak Alya )

Assalamualaikum pep ,
 
Today , Cik Wanda listkan benda yang dah ada. Ni pun Cik Wanda dapat ehsan daripada Blogger AlyaSyaqiera. Kalau tak mengigil juga lah Cik Wanda nak cari list untuk perkahwinan, cewahhh ! Haa, see k ?

TUNANG -Done 31January2014

WEDDING CHECKLIST

 EVENT DETAILS

1. Date/time:
Nikah
Resepsi
Bertandang

2. Venue:
Nikah
Resepsi
Bertandang

3. Guest Count:

Nikah: family members around 100(+-)
Resepsi:500
Bertandang: 2000

4. Color Theme & concept:

Nikah: lemonade yellow+pastel pink+white+cream
Resepsi: shades of purple+gold+white+cream
Bertandang: shades of green+white+cream



8 - 6 BULAN SEBELUM


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.

Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.

Tentukan lokasi majlis perjahwinan dan menempahnya jika perlu.

Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.

Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda. -deposit done

Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya. -beli

Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Menentukan tema warna/konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.

Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya).

Bagi pengantin lelaki:


Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran. - (dah bagi habis masa tunang)



5 - 4 BULAN SEBELUM



Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.

Me
Him
Menempah videografi dan jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
pre-wedding
nikah & outdoor
resepsi & outdoor
bertandang & outdoor
Membeli rantai tangan untuk acara batal air sembahyang.
Membeli cincin nikah untuk lelaki.


Tempah caterer & menu.


Nikah
Resepsi
Bertandang
Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput. -in progress!


Tempah pelamin. -abg Hizam (final fitting on 5th May)


Nikah
Resepsi
Bertandang

Tempah DJ & karaoke.

Resepsi -included in catering package
Bertandang
Pilih lagu untuk resepsi & bertandang.

Tempah kompang.

Resepsi
Bertandang
Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.


Beli/tempah baju family.


Nikah
pastel coklat (pihak lelaki) for resepsi
purple (pihak perempuan) for resepsi
Hijau (pihak lelaki) for bertandang
coral (pihak perempuan) for bertandang
Beli bunga telur/bunga pahar.
Beli bunga manggar.
Tempah kek 3 tiers.
 -included in catering package


Beli/tempah doorgift.


VIP doorgift (paper bag, bekas telur, 1 item)
Adults doorgift (cake)
Kids doorgift -sponsored by Idayu my bestie
Tempah henna/inai -deposit done to ned henna

Sediakan aturcara majlis.

Resepsi
Bertandang
Sediakan pembahagian tugas.

Bagi pengantin lelaki:

Facial/body t
reatment:
Normal facial & spa

Bagi pengantin perempuan:

Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
Facial/body treatment:
Facial treatment
Spa/body treatment
Hair treatment


3 BULAN SEBELUM


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:


Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
Tempah banner/bunting.
Tempah signage.
Tempah poster.
Mengesahkan tempahan di hotel/dewan/taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
Melakukan pemeriksaan kesihatan/HIV test di klinik atau hospital.
Hantar/sediakan legal documents:
Kursus kahwin
HIV Test
Borang Kebenaran Nikah
Pre-wedding photoshoot+save the date video


Bagi pengantin lelaki:


Maklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Facial/body treatment:
Normal facial & spa


Bagi pengantin perempuan:

 
Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.
Intensive facial/body treatment:
Facial
Spa/body treatment
Hair treatment
Tempah band??
Buat I/C baru, tukar alamat
Buat passport.
Beli cadar bilik pengantin & deco.
Beli button badge untuk family.



2 - 1 BULAN SEBELUM


 Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Membeli barang kemas.
Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

Bagi pengantin perempuan:

Tempah candy buffet untuk resepsi??
Photobooth corner???
Beli sexy lingerie.


3 MINGGU SEBELUM


 Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Sediakan guestbook corner.

Bagi pengantin perempuan:

Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda.
Pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti.


2 MINGGU SEBELUM


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Normal facial
Hias bilik tidur pengantin.
Dental treatment

Bagi pengantin perempuan:

Full face threading
Brazillian waxing???


3 - 1 HARI SEBELUM


 Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Pasang pelamin.
Membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran -dah bagi habis masa bertunang
Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Pedicure/manicure.
Pakai henna/inai- ned henna (app. date 10 May, 9pm)

Bagi pengantin lelaki:

Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:

Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)


 PADA HARI PERKAHWINAN


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya
Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:

Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung.

Bagi pengantin perempuan:

Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.


TIGA HARI SELEPAS PERKAHWINAN


Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

CREDIT TO: http://alyasyaqiera.blogspot.com/

1 comment:

  1. alhamdulilah..nampak byk dah setel..moga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete

TerimaKasih sebab sudi meluah rasa :
Adda hargaii :) walau adda takreply kadang-kadang..
Do Money Click HERE