Pepagi ni tetiba rajin pulop nak hupdate nyaa . Btw Selamat Bersahur . :)
TELUR DAN DAGING AYAM
sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.
GANDUM
Makan gandum secara teratur, bukan saja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. BUah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersbut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambt sehingga mencegah keguguran rambut.
SAYURAN HIJAU
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.
BUAH-BUAHAN SEGAR
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.
MAKANAN LAUT
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.
#Cpy
2 comments:
Nice sharing :)
YinSing : :)
Post a Comment