|CheckList WalimatuUrus|

Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, & Konnichiwa! . And follow Me if you like My blog. Leave your footprint on My chatbox ^^ & Hate My blog? Please, click H E R E


10 FAKTA PERLU TAHU TENTANG MATA


Assalamuaikum wbt ,




1. Sesetengah haiwan seperti siput misalnya mempunyai oselus iaitu mata ringkas atau titik mata yang terdapat pada haiwan peringkat rendah. Ia membantu siput untuk membezakan wujudnya kehadiran cahaya atau tidak. Pun begitu, siput tidak dapat melihat objek yang berada di hadapannya!

2. Hampir 90% penyakit mata yang direkodkan mempunyai kaitan dengan cara pemakaian kanta sentuh yang tidak betul.

3. Ulser kornea boleh terjadi jika kamu tidak mengamalkan kebersihan semasa prose pemakaian kanta lekap.

4. Konjungtiva ialah selaput tipis yang melapisi bahagian dalam kelopak mata dan bahagian luar sklera.

5. Antara tanda-tanda awal , kamu mula mengalami masalah rabun ialah pening kepala terutamanya di bahagian belakang kepala, mata menjadi merah, dan terasa berat pada kelopak mata.

6. Antara serangan penyakit pada mata yang perlu tahu ialah amblyopia yang berlaku disebabkan oleh wujudnya halangan pada perkembangan fungsi penglihatan semasa kecil.

7. Mata adalah satu elemen keseimbangan badan. Antara kesan yang bakal timbul sekiranya mata tidak dijaga dengan baik ialah pening kepala, mata akan berasa pedih, hilang konsentrasi pada mata, penglihatan menjadi semakin kabur dan mata mudah berair.

8. Antara masalah mata yang sering dihidapi ialah katarak, rabun warna, juling, dan banyak lagi.

9. Tahukah kamu, peranan mata yang paling ialah untuk ketajaman penglihatan atau visual acuity, penglihatan binokular dan stereoskopik yang membolehkan kamu melihat sesuatu objek dalam tiga dimensi, mengesan warna dan juga sebagai suatu elemen keseimbangan badan.

10. terdapat tiga bahagian yang mengelilingi mata iaitu bulu kening, kelopak mata dan bulu mata.

yangletihmenaip,
cikshuhada

No comments:

Blog Archive

Copyright © 2011 AddaAbdullah - All Rights Reserved - Template by Adda Abdullah