|CheckList WalimatuUrus|

Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, & Konnichiwa! . And follow Me if you like My blog. Leave your footprint on My chatbox ^^ & Hate My blog? Please, click Here


Krusus PRA-perkahwinan Kuala Lumpur . #Part1


Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera . 

 

Bismillahirohmanirohim . 
Harini Cik Adda nak buka satu topik pasal PRA PERKAHWINAN sampai ke SETTLE pasal benda nak nikah la. Tapi taktermasuk majlis resepsi. Untuk orang yang ADA WALI SAH, MENCARI WALI & WALI YANG TAK BOLEH WALIKAN anaknya. Ini Cik Adda kutip sikit pengalaman dari cari borang sampai ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat ( PAID). Okay, yang dikatakan WALI SAH/NORMAL ialah cara paling senang. 


Pertama sekali kenalah pergi krusus PRA-Perkahwinan. Dekat mana-mana pun boleh pergi dengan pasangan atau tidak itu terpulanglah pada korang. Tapi cari tempat yang SIJIL PERKAHWINAN SEUMUR HIDUP lah yooo. Kalau tak silap Cik Adda orang yang dah berumur 45 tahun ke atas dan nak berkahwin,  TIDAK PERLU pergi krusus PRA-perkahwinan dan  boleh terus siapkan hal yang lain-lain ye. 


Walaupun hanya krusus kahwin kita mestilah nak selesakan ? Cik Adda & En.Tunang gituss jugak. Cari tempat selesa, ada kerusi empuk, aircond, makanan sedap, layanan BER “CLASS” dan orang dalam taksombong. Barulah senang hati nak krusus 2 hari dah lah lama nak ngadap. & yang paling penting korang kena hadir masa tanda kehadiran. Alaa, masa zaman sekolah pun gitu. Kalau taknampak muka, Cikgu tulis “ponteng”. Haa, sama je. Cuma bezanya kalau kehadiran tak lengkap dia tak bagi SIJIL tu. BOLEH tak hadir tapi bagitahu dan dia akan bagi tarikh lain untuk datang. Senangkan, benda ni semua melibatkan KOMITMEN lah senang cerita.


Cik Adda pergi kat sini . Suggest tempat sikitt ! Memang puas hati. Lengkap ada dengan apa yang Cik Adda harapkan. Alhamdullillah, Allah permudahkan. Cik Adda pergi 7 September 2013 - 8 September 2013 .

Kursus Kahwin di Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut 

(Sebelah Hotel Quality, berhampiran Medan Mara, Pertama Kompleks, LRT STAR Sultan Ismail)

Untuk BOOKING SMS di Bangunan LPPKN sila taip :


"LPPKN, Nama-nama peserta, Tarikh Nak Kursus"

hantar ke 012-294 3040
hotline : 03-4260 4329 / 03-4253 3864

Kursus diadakan Setiap Sabtu dan Ahad

Waktu Kursus :
Sabtu : 10pg - 6.30 ptg
Ahad : 9 pg - 1.30tghari


PUSAT KURSUS PRA-PERKAHWINAN DI BANGUNAN LPPKN , JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR

Auditorium VIP, Tingkat 13,
Bangunan LPPKN,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur. 


*masa mesej tu, dia akan reply dan bagi tarikh. Dont worry k ?
RM80 ( SEORANG)
*sampai sana pagi tu, beratur & bayarlah. Dia bagi resit dan dia minta ic photostat. JANGAN LUPA . 

Lagi satu kat sini , ni Cik Adda tak pergi. Tapi ni kawan sekolah punya.  Yang ni, untuk hari bekerja pun ada. Kena check kat sini http://www.kursuskahwin.net/ , takpun terus whazap tanya lebih lanjut. Senang ~ 

Booking kursus untuk tarikh pilihan anda semudah Whatsapp @ SMS @ tel ke HOTLINE kami: 0172946315-0107963642.

Anda cuma perlu berikan: NAMA PENUH (setiap peserta) + TARIKH KURSUS YANG DIPILIH + NOMBOR TELEFON ANDA.

Kami akan SMS maklumat lanjut kepada anda tentang kursus selepas itu.


Pusat Kursus Kahwin Danau Kota www.KursusKahwin.net

33-1 Medan Selera Danau Kota

Jalan 3A/6, Taman Setapak Indah
53300 Kuala Lumpur 

Bila dah dapat Sijil & kalau terus nak kahwin. Isi borang 2A bagi Lelaki, Isi borang 2C bagi perempuan & print. Tak lengkap sangat takpe, sebab boleh PRINT balik. Tapi borang tu kena bawa pergi Klinik berdekatan untuk Ujian Saringan HIV . Kalau Klinik Kesihatan Ampang hari Isnin hingga Khamis pukul 2.00 ptg - 3.30 ptg . Okay ? Jangan risau, result keluar hari tu juga kalau takdo pape masaalah. Senang ? Jangan risau. Bina masjid allah bantu . :')

Bersambung ~~

3 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan Cik Adda k ^_^

    ReplyDelete
  2. NURUL ; haah, in sha allah .

    Ahmad : Aamiin . thanks .

    ReplyDelete

TerimaKasih sebab sudi meluah rasa :
Adda hargaii :) walau adda takreply kadang-kadang..
Do Money Click HERE