Hidup kita ni memang tak
baoleh lari daripada cabaran dan dugaan. Bagi yang kuat cabaran di anggap
pembakar semangat . Tapi bagi yang lemah, cabaran dianggap sebagai satu beban
yang berat yang takmampu diterima akal dan tubuh.
Sekiranya korang diberi
pilihan ? Mesti korang nak jadi kuat kan ? Siapa nak jadi lemah kan. Ramai yang
cuba menjadi kuat tetapi akhirnya kecundang dengan perasaan stress. Keadaan
akan lebih teruk bila stress menguasai diri dan akal nak nak ke tubuh, semua
yang dilakukan mesti serba serbi tidak kena dan ada kalanya keadaan akan
menjadi keruh.
Ketogori 1.
-Stress yang masih boleh
dikawal.
*Pening kepala.
*Sentiasa bererita pada
orang-orang yang dirasakan boleh dipercayai untuk berkongsi masaalah.
*Berdiam dan tidak
berminat untuk bergurau.
*Kurang selera makan.
*Menangis bila
bersendirian.
*Bagi kamu yang
mengalami simptom-simptom di atas jangan bimbang kamu masih boleh mengawal
tahap stress yang kamu hadapi. Ini adalah satu simptom normal yang dihadapi
oleh semua orang.
Cara mengatasinya : Kamu
cubalah berehat seketika dan kemudian apabila kamu kembali bertenang, barulah
kamu mencari jalan untuk masaalah yang kamu hadapi.
Ketogori 2.
-Stress yang tidak boleh
dikawal.
*Tidak boleh tidur
berhari-hari dan sentiasa menangis.
*Terus menerus
memencilkan diri dan tidak mahu bertemu dengan orang lain.
*Pakaian, rambut dan
segalanya kelihatan sangat tidak terurus.
*Tidak mahu makan.
*Jatuh sakit.
*Memarahi orang
sekeliling dengan bertindak di luar kawalan walaupun kesilapan hanya sekecil kuman.
*Bagi yang mengalami
simptom di atas, keadaan agak parah dan kamu perlukan seseorang untukmembantu.
Cara mengatasinya :
Jangan menyeksa diri menanggung masaalah dan penderitaan seorang diri. Carilah
seseorang yang kamu rasakan boleh memberikan kamu semangat umtuk terus hidup.
No comments:
Post a Comment