1.MEDITASI
Meditasi
merupakan cara efektif untuk meningkatkan endorphin dalam tubuh. Fikiran yang
bahagia dan damai akan dicapai setelah bermeditasi. Meditasi boleh membantu
untuk merehatkan otak, tubuh akan mengalami keadaan tenang dan cecair kimia
yang menghasilkan perasaan bahagia akan terhasil. Meditasi ini akan menenangkan
dan meredakan saraf, ia juga boleh menurunkan tekanan darah.
2.BERSENAM
Bersenam bukan
hanya meningkatkan perembesancecair kimia yang mengeluarkan rasa yang
mengeluarkan rasa tenang tetapi ia juga akan membuat penampilan tampak positif
dan yakin. Aktiviti fizikal mampu meningkatkan kadar penghasilan endorfin yang
baik untuk sisterm kardiovaskular bagi jantung yang sihat seperti senaman
berstamina tinggi.
3.MENDENGAR
MUZIK
Mendengar muzik
yang disukai juga boleh membantu untuk merembeskan endorphin dalam darah. Ia
mengeluarkan kesan yang boleh memberi ketenangan pada tubuh. Kebanyakkan orang
menggunakan muzik sebagai cara untuk melepaskan stress. Mendengar muzik yang
santai dan menenangkan boleh membantu menaikkan mood seseorang.
4.MAKANAN PEDAS
Capsaicin yang
terdapat dalam cili dan makanan yang pedas akan mencetuskan pelepasan endorphin.
Ini kerana deria rasa sakit yang terdapat dalam mulut menghantar signal kepada
otak untuk melepaskan lebih endorphin sebagai tindak balas kepada rasa sakit di
mulut setelah memakan makanan yang panas dan pedas.
5.KESAN PANAS
MATAHARI
Anda akan merasa
gembira kerana sinaran matahari yang terpancar melalui kegiatan luar akan
menambahkan kesan endorphin yang keluar. Ia juga mampu untuk meningkatkan mood.
6.KETAWA
Ketawa merupakan
salah satu terapi yang paling mudah untuk meningkatkan endorphin dalam badan.
Ia sangat sesuai untuk mengelakkan seseorang daripada masalah kemurungan dan stress.
Apabila seseorang ketawa atau tersenyum, mereka akan melepaskan semua rasa
stress yang dirasakan. Jadi mereka akan berasa bahagia dan positif untuk
menjalani kehidupan seharian mereka .
MAKANAN TINGKAT ENDORFIN .Oren , Keledek, Bayam dan Sayur Hijau Gelap
1 comment:
Nice sharing :)
Post a Comment