“Siapakah
Keturah ini?”
Dari mana dia berasal? Telah ditakdirkan dari
perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea, Media
dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria, Akkadia, Assyria, Babylon dan lainnya
dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan
bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan
lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara
mereka sebelah Keturah. Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi, dibuli
dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga
dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai ‘raksasa’, ‘orang
gasar(barbarian)’, ‘kaum yang ganas’ dan sebagainya. Jika kita lihat kisah Nabi
Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin, di mana kaum Yahudi berkeras
tidak mahu memasukinya kerana terdapat ‘kaum yang ganas’ di dalam Palestin dan
sanggup mengeluarkan kata-kata,
“Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan
mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini” (Kisah Nabi Musa)
Perlu diingat, akibat trauma dengan sejarah pedih
bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri
mereka Keturah, rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri
nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala
Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine). Kita boleh lihat di dalam
Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil), di mana mereka telah
mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim. Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku
Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya,
meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah
gersang di Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang
masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas. Namun perintah Tuhan
tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah
Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak. Adakah hanya
Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala
isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik? TIDAK SAMA SEKALI.Walhal
pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul, sebelum Allah s.w.t
mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua. Sebab
itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba
perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan. Bukan sahaja
disebut gundik, malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah
meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama. Siti Hajar
dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan ‘gundik Firaun’.
Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim
untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah
semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya.
Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang
untuk memperkosa Siti Sarah, perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi
Ibrahim. Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan
orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati. Akibat rasa
bersalah yang teramat sangat, maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya
malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya
sebagai ‘kifarat’ dan hadiah kepada Nabi Ibrahim. Rahsia perempuan muda itu
terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala
perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka
seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka. Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim
dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah
anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja. Tersentuh hati Nabi Ibrahim
sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak
menjaga keturunannya sebaik-baiknya. Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun
kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun
yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza
langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama
dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).
Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim
tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi. Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim
bukanlah seorang Yahudi. Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang
sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir
(Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih
zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah
Ramses II di zaman Nabi Musa.
dalam Alquran ada disebut:
“Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani
bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan
melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu
tidak mahu menggunakan akal?….Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama
Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian”.
(Ali Imran: 65 – 68)
Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan
Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra’ yang bermaksud
suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam. Dari
Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi, Yusuf, Bunyamin dan
Yahudza. Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi
seperti Levi dan Yahudza. Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi
Yusuf, yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah
ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja
Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud
raja). Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah
pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya
menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.
Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari
sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat, pada masa yang sama
mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi,
mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih, membina
negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal,membina
organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang
gagah dan teknik peperangan yang maju.
Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain
seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang
berpenghuni. Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini, (di mana pusat
ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah
mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di
dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan
kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan
Mel Gibson atau 10000 B.C). Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk
lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang
lebih gagah dari mereka. Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan
bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil)
serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas
memusnahkan kediaman mereka.
Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah
pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara
bersilih ganti. Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk
dijadikan hamba, pencacai, buruh kasar, kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan
Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki
dan tangan mereka. Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar
oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan
menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.
Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi
telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan
akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi. Mereka mula
mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan
akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan
bangsa Babilon. Disinilah bermulanya amalan ‘Babilonian Magic’ yang menjadi
asas Sihir Gematria, Necronomicon, Kultus Pentagram, Ramalan Tarot dan
Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti
yang dikisahkan dalam AlQuran.
Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari
sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi
diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka. Bangsa Yahudi adalah
bangsa spiritual. Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan
misteri. Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti. Mereka gemar
mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih
berganti.
Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi
isteri ketiga Nabi Ibrahim, tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah
berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah
pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal
dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri. Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih
samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah, si wanita misteri ini. Tetapi
jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai ‘patriarch’ (gelaran yang
diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai
pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan
baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja. Tambahan pula Keturah
telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.
Keturah bermaksud kemenyan atau
pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual. Dari sini
kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual. Tidak
diketahui siapakah ibu bapa Keturah. Tetapi terdapat sumber yang mengatakan
kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah
Akkadia. Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari
keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja
Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu. Sesungguhnya
Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi
telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.
Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang
diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi
terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton
filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah
padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam
menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan
koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi
dan ahli nujum Istana. Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung
Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah
tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah
kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan
Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang
terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang
Orion sebagai tanda kiblat dilangit.
Sumber . SATU
No comments:
Post a Comment