|CheckList WalimatuUrus|

Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, & Konnichiwa! . And follow Me if you like My blog. Leave your footprint on My chatbox ^^ & Hate My blog? Please, click H E R E


25 perkara ( KAMU PATUT BERSYUKUR )


Kamu patut bersyukur dengan apa yang kamu ada sekarang.

1-Masih mempunyai keluarga  dan bukannya anak yatim piatu ataupun terbiar tanpa arah tuju . 
2-Sihat dab tidak perlu bayar untuk bernafas. ALL FREE ! 
3-Tidak perlu tidur beralaskan bumi dan bintang dilangit.
4-Masih boleh mendengar muzik, mencium bau makanan yang sedap-sedap dan bergosip sampai puas . 
5-Mempunyai kawan untuk diajak makan bersama, ada kawan untuk di hubungi ketika kamu bosan dan ada kawan untuk di ajak berjalan-jalan pada hujung minggu . 
6-Berkesempatan untuk bersekolah. Biarpun penat mengulang kaji pelajaran dan menghadapi pelbagai peperiksaan namun percayalah ramai orang yang mengimpikan untuk berada di tempat kamu hari ini . 
7-Kamu masih mampu ketawa menonton filem komedi. 
8-Menangis saat melihat sesuatu yang mengharukan biarpun tidak apa-apa hubungan dengan kamu...Ini bermakna kamu masih manusia yang punyai perasaan
9-Masih berkesempatan dan mampu membeli hadiah untuk teman, keluarga dan orang istimewa.
10-Ingin melihat filem Best cuma tinggal pergi sahaja menonton di pawagam, ingin tengok konsert artis idola kamu tinggal pergi beli tiket dan masuk sahaja ke konsert .... Hmmm , nasib kamu baik sangatkann ??!
11-Kamu boleh membaca dan bayangkan berapa banyak perkara dan ilmu yang kamu akan dapat peroleh dari membaca . 
12-Terasa ingin makan makanan jepun, itali, Cina atau apa sahaja. Mudah kamu hanya perlu pergi sahaja ke restoran yang terdekat.. "THANKS TO GLOBAL TRADE"..
13-Hidup di negara yang bebas perang .
14-Terima kasih untuk teknologi-teknologi canggih membuatkan hidup menjadi bertambah baik.
15-Punya bakat tertentu ? Bersyukurlah kerana bukan semua orang mampu melakukan apa yang kamu mampu lakukan.
16-Kamu bebas untuk memakai apa sahaj mengikut cita rasa dan keinginan kamu. Dengan erti lain mampu mengisi almari pakaian kamu seperti yang diinginkan.
17-Didunia ini tidak akan ada orang yang menyerupai kamu. Sekiranya kamu anak kembar sekali pun pasti ada yang berbeza. Jadi bersyukurlah dilahirkan unik dan tiada dua.
18-Setiap kali kamu punya kesempatan untuk melihat dunia lain misalnya melancong ke negara orang ataupun negeri orang manfaatkanlah sebaik-baiknya. Bukan semua orang boleh mendapat apa yang kamu dapat.
19-Ketika kamu mamou membuat orang lain ketawa rasanya tidak akan ada perkara yang lebih baik daripada itu.
20-Kita masih hidup hingga ke hari ini dan alasan ini semestinya sudah cukup kuat untuk kamu bersyukur.
21-Kamu masih ada tempat mengadu masaalah serta kesedihan yang hadapi.
22-Bagaimana 'pokai' pun kamu ditengah bulan tetapi kamu masih ada makanan untuk dimakan.
23-Setiap kali kamu bosan lagu-lagu indah masih sedia menemani kamu. Cuma perlu putarkan sahaja mengikut cita rasa.
24-Setiap kali kamu melakukan kesalahan pasti akan ada yang sedia untuk membetulkan kerana tidak mahu kamu jatuh tersungkur di atas kesalahan yang dilakukan.
25-Kamu bebas memilih apa yang kamu inginkan dalam hidup asalkan kamu rajin dan berusaha keras untuk mendapatkannya.

Blog Archive

Copyright © 2011 AddaAbdullah - All Rights Reserved - Template by Adda Abdullah