|CheckList WalimatuUrus|

Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, & Konnichiwa! . And follow Me if you like My blog. Leave your footprint on My chatbox ^^ & Hate My blog? Please, click H E R E


LELAKI OH LELAKI !


L=LAGAK
Lelaki adalah kaum yang dilahirkan dengan LAGAK dan penuh gaya. Mudahnya, lelaki suka menonjolkan dirinya dikhalayak sebagai seorang yang hebat dan istimewa berbanding kaum hawa yang selalunya lebih Low-Profile. If u'all tak percaya , cuba u'all cuba lihat kekawan lelaki sekeliling u'all. Lelaki sejati sememangnya eksen !

E=EGO
Lelaki merupakan kaum yang EGO. Dah puas dengan lagak, kita cerita bab yang sememangnya tak silap milik lelaki. Keegoan yang tinggi hadir dalam jiwa lelaki kerana sifat semula jadi lelaki yang ingin dilihat sebagai hebat dan berbeza. Jangan marah kalau lelaki ego kerana itulah lelaki BEB !

L=LEMAH
Lelaki nampak macam hebat tetapi LEMAH pada kaum Hawa. Ini dah memang jadi fakta dalam diari kehidupan. Fasal itulah selalunya insan yang berpasangan memang risau bila si lelaki mula rambang mata dengan si jelita sekeliling yang ada. Kaum hawa bukan setakat mampu memporak perandakan dunia lelaki , tetapi lelaki pun boleh di perhambakan oleh kaum hawa jika keadaan memaksa. u'all Pk lah sendiri !

A=AZAM
Lelaki adalah kaum yang penuh azam dalam kehidupan. Tak kesah daripada segi apa tapi lelaki memang penuh keazaman.Tiap awal tahun diari tahunan dah penuh dengan impian. Boleh dikatakan semua lelaki punya impian. Boleh dikatakan semua lelaki  impian inginkan pasangan yang tercantik dan terhebat di mata ramai. Sifat ini wujud kerana lelaki itu punya LAGAK dan EGO yang tinggi. Tak mainlah dapat awek kureng dari yang lain.. INI ayat biasa bagi lelaki.

K=KASAR
Lelaki secara asasnya adalah seorang yang KASAR. Memang betul pun. Kalau dah namanyer lelaki dah pasti lebih kasar daripada perempuan. Pasal tu bila ada kaum hawa yang lebih kasar ramai lelaki rasa geli geleman beb. Kot namanyer perempuan kenalah sifat lemah lembut dan feminin beb. Apa kelas dapat awek yang kaki pukul dan berotot kental !!! Ngeri !! 

I=ILTIZAM
Lelaki adalah kaum yang punya iltizam dalam kehidupan. Maksud lelaki punya tekad yang hebat dalam mencapai impian. Ini sedikit berbeza daripada AZAM kerana ILTIZAM disertai dengan tindakkan dengan tekad yang tinggi. Ramai lelaki yang mencorakkan kehidupan dengan ILTIZAM yang terhebat agar pencapaian berbaloi untuk dibanggakan bagi memenuhi LAGAK dan EGO diri. Takpercaya ? , lihatlah keliling dan nilaikan............


Blog Archive

Copyright © 2011 AddaAbdullah - All Rights Reserved - Template by Adda Abdullah