|CheckList WalimatuUrus|

Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, & Konnichiwa! . And follow Me if you like My blog. Leave your footprint on My chatbox ^^ & Hate My blog? Please, click H E R E


Pikat hati lelaki ada caranya .

Assalamualaikum wbt, hi & salam sejahtera. 


Terima Seadanya .
- Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain "Terima lelaki seperti seadaanya". Maksudnya, terimalah dia sebagai lelaki yang pernah kamu kenali sebelum ini. Yang penting untuk kamu tahu ialah "MENGRNAI" lelaki, dan bukan "MENGUBAH" lelaki. Jika kamu mahu mengubah personaliti lelaki yang bakal menjadi kekasih atau suami kamu, si dia mungkin akan menjadi insan yang lain dan mungkin kamu tidak sukai.


Persefahaman .
-Cuba fahmai perangai sedia ada yang ada pada seseorang lelaki dan sesuaikan perangai itu dengan dirimu. Ia lebih baik daripada cuba mengubahnya dan beranggapan ianya tidak sesuai dengan kamu. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu, lelaki akan cuba memahami rentakmu untuk disesuaikan dengan dirinya.

Berubah untuk satu perubahan
-Kamu tidak mampu  mampu untuk mengubah perangai seseorang apatah lagi kerana insan itu sendiri yang mampu mengubah sikapnya jika dia mahu. Apa yang boleh kamu lakukan ialah cuba memujuk dan mempegaruhi agar berpihak kepada kamu. Apa pun, kamu sediri perlulah berubah terlebih dahulu agar boleh dijadikan contoh oleh kekasih hatimu .

Memberi & Menerima .
-Dalam apa jua situasi, apatah lagi membabitkan hati dan perasaan, apa yang penting untuk kamu lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak daripada menerima. Si dia akan terasa dihargai dan akan cuba melakukan perkara yang sama terhadap kamu. Tidaklah sesuatu hubungan itu dikatakan cuba mengambil kesempatan antara satu sama lain. Maklumlah, lelaki kini agak fobia dengan perkataan pisau cukur.

Saling mempercayai
-Sekiranya kamu tidak mempercayai lelaki, janhan sesekli kamu mengharapkan lelaki mempercayai kamu. Ingat, hidup ono meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada kamu bukanlah perkara yang mudah. Dan bagi membuatkan orang lain tidak percaya pada kamu, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak mempercayai kamu, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya kerana diketahui pendirian lelaki amat tegas.

Bertolak-ansur.
-Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan mereka. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda. Di sini, apa yang lebih penting ialah sikap tolenransi dianta kedua-duanya.

Bersama mengalas tanggungjawab.
-Tanggungjawab wanita ( ISTERI) terhadap seorang lelaki ( SUAMI ) tidak akan berubah selagi dunia ini terus berputar. Begitu juga sebaliknya. Selagi kamu menjalankan tanggungjwab dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama. JAdi, teruskanlah mengalas tanggungjawab masing-masing tanpa merugut. Hubungan pasti kekal bahagia.

Awasi setiap kritikan yang dilontarkan.
-Kritikan sebenarnya satu perangkap dan boleh menjadikan lelaki defensi dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia juga bahaya kerana boleh menjatuhkan maruah apatah lagi yang mengkritik itu adalah seorang wanita dan kekasih hatinya. Keadaan ini akan menyebabkan hati lelaki mudah berasa kecewa denganmu.

YangPenat , 
Cik Adda

No comments:

Blog Archive

Copyright © 2011 AddaAbdullah - All Rights Reserved - Template by Adda Abdullah