|CheckList WalimatuUrus|

Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, & Konnichiwa! . And follow Me if you like My blog. Leave your footprint on My chatbox ^^ & Hate My blog? Please, click H E R E


Sakit Ulu hati .


Assalamualaikum wbt .
Sakit ulu hati ni banyak orang rasai kan ?

korang tentu pernah rasa sakit kat ulu hati, Cik Adda pun selalu gaklah rasa sakit tu. Dan mula baca kena baca sampai ke penghujung tau !



Sakit dibahagian ulu hati atau gastrik adalah disebabkan oleh asid perut mengganggu kawasan bawah esofagus atau kerongkong. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut yang dikenali sebagai lower esophagealsphincter ( LES )tidak tertutup sekali gus menyebabkan asid masuk esofagus mengakibatkan simptom seperti pedih ulu hati, sakit dada, dan batuk. Biasanya terjadi selepas makan berat atau makanan yang pedas, berlemak dan minum air berkarbonat. Selain itu , ubat-ubat tahan sakit jika diambil berterusan juga di jadikan punca utama kesakitan. Diet seharian yang takmenentu dan tabiat merokok serta minum minuman berakhohol juga merupakan faktor utama penyakit ini.
Pedih ulu hati,  adalah gejala biasa. Sekiranya terjadi sekali sekala, kamu tidak perlu risau. Namun jika terlalu kerap ia boleh menyebabkan masaalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian pakar. Kekerapan gastrik ialah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease ( GERD ) . Sejenis bakteria dikenali Helicobacter Pylori boleh menyebabkan ganstrik berulang.


Rawatan.

Tabiat makan perlu mengikut aturan yang betul seperti, sarapan , makan malam dan malam perlu dilakukan dengan tetap. Berhenti merokok dan minuman beralkhol juga sangat membantu. Antacids atau proton pump inhibitor ( PPI ) boleh mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid [erut. Metaclopramide atau maxolon juga diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar segera.
Biasanya gastroscopy atau OGDS  perlu dijalankan sekiranya gastrik tersebut berterusan walaupun selepas mengambil ubat. Pembedahan perut atau gaster perlu dijalankan sekiranya berlaku ulser yang boleh menyebabkan pendarahan. Gastrocopy juga perlu dilakukan sebelum pesakit menjalani pembedahan untuk melihat sejauh mana komplikasi seperti Barret's esophagus ( keadaan terdedah dengan asid ) atau kanser esofagus. Sekiranya Barret's esophagus ditemui, proses gastroscopy tahunan perlu dilakukan bagi melihat perkembangan kanser maglinan.
Pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan lower oesophagel sphincter dan memberhentikan tindak balas refleksi asid. Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan laparoscope dan hanya memerlukan rawatan beberapa hari dihospital.


Tanda dan gejala .

Gejala pedih uku hati .

-Rasa tebakar di dada dibawah tulang dada .
-Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan.
-Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak.
-Sendawa dan kembung perut.
-Batuk teruk dan berpanjangan.
-Suara jadi serak.
-Cepat kenyang walaupun makan dalam kuantiti yang sedikit.

Pencegahan .
Menukar amalan pemakanan merupakan amalan yang penting boleh membantu mengurangkan gangstrik .

. Elakkan makanan yang pedas dan merempah, minuman berkarbonat dan makanan yang di awet .
. Kurangkan makanan yang bergoreng dan berlemak .
. Makan perlahan-lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan.
. Jangan makan ketika merasa bimbang, kecewa atau cemas ianya akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.
. Berhenti merokok.

- Seandainya simptom ini berterusan  , pergi hospital rujuk pakar .
 
Note : Zaman sekarang kita kena hati okay / Cik Adda






1 comment:

izzeyda said...

pernah juga rasa..memang tak selesa jadinya..apapun entry nih membantu juga sedikit sebanyak..

Blog Archive

Copyright © 2011 AddaAbdullah - All Rights Reserved - Template by Adda Abdullah