|CheckList WalimatuUrus|

Asssalamualaikum, Hello, Bonjour, Annyeonghaseo, & Konnichiwa! . And follow Me if you like My blog. Leave your footprint on My chatbox ^^ & Hate My blog? Please, click H E R E


Fahami alis mata ini, bukan mulut ini.

Assalamualaikum wbt ,


Bukan saya meluah mengeluh menghadapi duga , bukan juga saya takcinta . 
Cuma pilihan ini mengusik jiwa , Adakah ini pilihan jiwa atau pilihan bahagia . 
Permulaan yang takut sebenarnya , risau akan ia pengakhiran segalanya . 

Adda bukan lagi Si gadis yang angankan kisah cinta khayalan yang bahagia dalam angan .
Adda kini Si Wanita yang berhadapan dengan kenyataan cinta yang berdepan dengan 1001 rasa . Mungkin bahagia , mungkin derita. Ianya seperi airmata yang membuktikan rasa melaluinya. Cuma wanita mampu membezakan airmata menjadi bahagia atau derita. Takperlu percayakan mulut ini, takperlu percayakan perangai ini. Adda hanya percayakan pada hati. Kalau dah hati setia campaklah beribu dugaan ianya akan kekal seadanya. Bukan tergugat saat diduga. Tolong biarkan Adda percaya akan hati sendiri. Akan takdir indah yang Allah dah aturkan dalam perjalanan menuju akhirat ini. Tolong hati tenangkan jiwa yang sedang meronta yang mahu melihat keindahan ciptaannya. Sungguh, sesampai harini baru diri mengerti. Pergertian untuk sesuatu yang pernah menjadi pertanyaan. Sungguh Adda mengerti akan khilaf diri. 

NurShuhada,

               

PENTINGNYA PENGHARGAAN BUAT PASANGAN

Assalamualaikum wbt ,


Pernah awak terbaca mana0mana mengenai punca penceraian yang dianggap tidak munasabah misalnya keraa menggunting rambut tanpa izin pasangan. Nah, nilah contoh percarai yang tak munasabah. Memberi pasangan penghargaan antara perkara kecil walau perkara yang dianggap remeh , tapi ramai yang taktahu ia sebenarnya memberi kesan besar didalam rumahtangga. Manatidak, tanpa penghargaan daripada insane tersayang, pastinya kita mudah rasa tidak disayangi dan tidak lagi dicintai oleh pasangan sendiri/

Ucaapan Terima Kasih

Cara palin mudah untuk menghargai pasangan ialah mengucapkan terimakasih. Walau ia hanyalah perkara kecil seperti membuang sampah, ringan-ringankanlah mulu ucap terima kasih. Ia akan buat orang yang membantu rasa lebih dihargai. Hal ini membuatkan pasangan lebih bersemangat untuk membuat kebaikkan kerana inginkan penghargaan. Untuk menambah nilai, sulami ucapan terima kasih dengan ciuman penuh kasih sayang.

Panggilan Manja

Memanggil pasangan dengan panggilan manja sebenarnya merupakan salah satu cara untuk menghargai pasangan. Misalnya suami memanggil isteri dengan panggilan sanyang. Ini menunjukkan betapa kasihnya suami kepada isteri.

Begitu juga dengan panggilan “Abang”, “Suami”, Bie oleh isteri kepada suami. Panggilan ini membuatkan suami rasa dihormati dan sekali gus rasa disayangi. Ianya mengeratkan hubungan antara suami dengan isteri. Jangan memanggil atau menggelar pasangan dengan panggilan negetif cth Abang Botak, Mak Boyot Encik Debab & etc. Memang ada pasangan  yang memanggil pasangannya sedemikian.

Hargai Pasangan Apabila Hamil

Isteri yang sedang hamil selalunya mengharapkan pasangan memahami kehendak dirinya. Misalnya isteri mengidam sesuatu makanan, hargailah isteri awak dengan berusaha mendapatnya apa yang istri idamkan. Jika suami kurang prihatin, maka luluhlah hati si isteri. Terasa diri tak dihargai sedangkan isteri sedang hamil anak yang terhasil daripada cinta berdua.

Pemberian

Satu lagi cara dengan memberikan hadiah kepada pasangan. Misalnya hadiahkan sesuatu yang isteri dah lama idamkan.

MADAH CINTA

HARGAI PASANGAN AWAK DENGAN … Mengucapkan terima kasih apabila dia melakukan kebaikan. Memberikan hadiah apabila dia beroleh kejayaan. Menghargai isteri hamil dengan kesusahnya menghamilkan zuriat bersama. .


Elak untuk Kurus & Sihat .

Assalamualaikum wbt ,
Sejak dua menjak ni. Adda sanggat malas nak update. Sampai rate pun jatuh teruk.



1.Minuman Bergas

Kebanyakkan minuman bergas mengandungi kafein yang tinggu. Minuman bergas ini hamper tidak mempunyai sedikit khasiatpun , oleh itu perlu buang daripada diet harian anda .

2. Minuman Kedai kopi

Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Kebanyakkan kopi, dibancuh dengan krimer dan gula.

3. Produk kaya tepung

Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. “Tepung diperkaya” menujukkan tepung tersebut telah diputihkan dan kehilangan khasiay yang berharga. Sebaliknya lang yang lebih bijak, beli roti penuh gandun dan pasta .

4. Roti Dan Kek

Roti dan kek bukanlah pilihan yang terbaik untuk diet harian anda. Kebanyakkan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula, dan lemak tepu yang tinggi. Sekalipun ada tertulis “TANPA LEMAK TEPU” pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut.

5. Makanan/ minum pek segera.

Kesibukkan hidup membuatjab ramai yang memilih makanan dan minuman segera, tambahan pula rasanya yang sedap dan mudah. Dengan pengambilannya, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula dan krimer. Ia boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa yang panjang.

6. Makanan dalam tin.

Kebanyakkan maknan dalam tin mengandungi penambah perisa dan garam yang sangat tinggi. Elakkan menjadikan ia sebagai makanan harian anda.

7. Makanan bergoreng.

Setiap makan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Usahakan mengoreng sendiri makanan anda supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan sesuaikan dengan resipi anda.

8.Makanan segera.

Kebanyakkan makanan segera ini digoreng didalam minyak dan tidak mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada satu atau dua kali setiap BULAN.

9. Snel Buah


Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh, snek seperti ini juga mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semula jai\di dan segar daripada makanan yang diproses seperti ini. 

Nak kekal sihat, buatlahhh k . 

Adda, 

Ketahui punca & Elak Insomnia ,

Assalamualaikum wbt ,
Masaalah Insomnia ? Punca utama adalah makanan.  Ni boleh mendapatkan tidur yang nyenyak.

KAFEIN .

Ia boleh membuatkan seseorang itu sukar untuk tidur menyebabkan ramai yang mengelak dari meminum kopi. Kafein bukan hanya terdapat dalam kafein tapi ianaya terkadung dalam the, soda dan ubat- Jika tidak boleh mengelakkannya, ambil lapan jam sebelum tidur.

ALKOHOL

Bagi mereka yang beragama islam, alcohol sememangnya haram dan tidak boleh diminum tetapi bagi yang bukan beragama islam, ada segelintirnya berpendapat alcohol membantu untuk mempercepatkan rasa mengantuk. Sungguhoun ada kebenarannya tetapi anda tidak mampu memperoleh kualiti tidur seperti yang diharapkan. Sebagai contoh, sekalipun anda tidur, anda mudah terjaga ditengah malam malah merasa kurang selesa apabila banu\gun sebelah pagi. Kan

AIR

Umum mengetahui bahawa air sangat diperlukan didalam tubuh badan manusia. Disamping membantu menjaga kesihatan, ia juga berupaya menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, air bukanlah rakan baik untuk diambil sebelum tidur. Sekiranya, diambil secara berlebihan pastinya anda sering terbangun ditengah malam untuk membuang air kecil. Secara tidak langsung, ia sangat mengangu kualiti tidur anda. Justeru, hindari minum air dalam kualiti banyak sebelum tidur.


TOMATO

Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa ttomato mengandungi banyak asam yang mampu membuatkan perut merasa kurang selesa terutamanya pada sebelah malam. Cuba elakkan dari mengambil apa jua makanan yang melibatkan tomato untuk mencegahnya atau ambil tiga jam sebelum tidur.

Kenali Hormon untuk LEBIH bahagia .

Assalamualaikum wbt ,




1.MEDITASI

Meditasi merupakan cara efektif untuk meningkatkan endorphin dalam tubuh. Fikiran yang bahagia dan damai akan dicapai setelah bermeditasi. Meditasi boleh membantu untuk merehatkan otak, tubuh akan mengalami keadaan tenang dan cecair kimia yang menghasilkan perasaan bahagia akan terhasil. Meditasi ini akan menenangkan dan meredakan saraf, ia juga boleh menurunkan tekanan darah.

2.BERSENAM

Bersenam bukan hanya meningkatkan perembesancecair kimia yang mengeluarkan rasa yang mengeluarkan rasa tenang tetapi ia juga akan membuat penampilan tampak positif dan yakin. Aktiviti fizikal mampu meningkatkan kadar penghasilan endorfin yang baik untuk sisterm kardiovaskular bagi jantung yang sihat seperti senaman berstamina tinggi.

3.MENDENGAR MUZIK

Mendengar muzik yang disukai juga boleh membantu untuk merembeskan endorphin dalam darah. Ia mengeluarkan kesan yang boleh memberi ketenangan pada tubuh. Kebanyakkan orang menggunakan muzik sebagai cara untuk melepaskan stress. Mendengar muzik yang santai dan menenangkan boleh membantu menaikkan mood seseorang.

4.MAKANAN PEDAS           

Capsaicin yang terdapat dalam cili dan makanan yang pedas akan mencetuskan pelepasan endorphin. Ini kerana deria rasa sakit yang terdapat dalam mulut menghantar signal kepada otak untuk melepaskan lebih endorphin sebagai tindak balas kepada rasa sakit di mulut setelah memakan makanan yang panas dan pedas.

5.KESAN PANAS MATAHARI

Anda akan merasa gembira kerana sinaran matahari yang terpancar melalui kegiatan luar akan menambahkan kesan endorphin yang keluar. Ia juga mampu untuk meningkatkan mood.

6.KETAWA

Ketawa merupakan salah satu terapi yang paling mudah untuk meningkatkan endorphin dalam badan. Ia sangat sesuai untuk mengelakkan seseorang daripada masalah kemurungan dan stress. Apabila seseorang ketawa atau tersenyum, mereka akan melepaskan semua rasa stress yang dirasakan. Jadi mereka akan berasa bahagia dan positif untuk menjalani kehidupan seharian mereka .

MAKANAN TINGKAT ENDORFIN .Oren , Keledek, Bayam dan Sayur Hijau Gelap  



Cara Hilangkan Bulu Kaki .

Assalamualaikum wbt ,



Sesetengah perempuan memiliki bulu roma yang halus dan ada juga yang mempunyai bulu roma yang sangat lebat terutamanya bahagian kaki. Adda pasti ada sesetengah orang pelik bila tengok bulu kaki kita lebat kan.

Mesti malu kan, dan semestinya korang tak yakin. Lagi-lagi kalau kekawan jadi bahan gelak. Jom Adda bagi sikit tips. Yang menutup aurat, khas buat suami ye.

Kombinasi Daun Cili Dan Kapur Sirih

Petik beberapa helai daun cili , dan tumbuh hingga halus. Campur sikit dengan daun sirih sampai sebati. Korang gosok lah kat bahagian yang tersebut setiap kali sebelum mandi. AMALKAM sekerap mungkin. Hasinya bulu kasar akan gugur sendiri.

Khasiat Gula

Selain daripada memaniskan air, dan diletakkan dalam masakan. Gula juga mempunyai khasiat untuk kecantikkan wanita. Gosokkan gula pada bahagian kaki dan buat dua kali sehari. Selepas tu basuh bersih-bersih. Petua ni dikatakan dapat mengugurkan bulu roma kasar secara semula jadi, paling menarik bulu akan tumbuh lebih halus.

Masker Putih Telur

Putih telur boleh digunakan untuk banyak perkara, contoh masker muka, boleh merawat jerawat dan menghaluskan kulit. Kali ini, gunakan putih telur sebagai masker [ada bahagian tubuh yang mempunyai bulu lebat dan kasar. Sapukan pada bahagian yang bermasaalah. Biarkan kering, gosok perlahan-lahan dan bilas sampai bersih. Lakukan setiap hari, bulu roma akan gugur dengan sendii dan bonusnya putih telur bertindak mencerahkan kulit. Kan bagus, bukan untuk gugurkan bulu je. Kulit pun tambah putih.

Kertas Pasir

Bagi yang EKSTREM boleh cuba, kertas pasir pun salah satu cara. Tapi bunyi agak kasar kan. Gunakan kertas pasir yang halus dan gosokkan bahagian kaki perlahan-lahan. Bulu roma akan gugur sikit-sikit. JANGAN gosok kuat-kuat takut melecet.

Limau Nipis

Campurkan limau nipis dan sedikir gula, Sapukan pada bahagian tersebut. Biarkan kering 30 minit dan gosok perlahan-lahan. Amalkan.

YangLetihMenaip,
AddaAbdullah



Lulu Solehah Perlukan Dana ‪#‎prayforlulusolehah‬

Assalamualaikum wbt ,


Adda tanak cakap apa-apa. Tolong baca. Cian baby Comel ni. 


Header Baru

Assalamualaikum wbt ,


Harini nak update pasal header. Adda cuba buat Header baru biar nampak matured. Takserabut. Masih tengah susun-susun one by one. Haa. Okay tak? Keburuk ? Dah lama takupdate. Sebab malas. November memang bulan yang sangat malas. Huh ! Bulan ni. Taktahulah pulop. Orang lain okay je update BRIM tapi Adda takboleh-boleh nak update , mybe sebab ramai update kan. Hee, saje nak tunjuk header baru. Okay tak? Full Blog okay tak ? Bagi pendapat sikit. Selamat Petang Pep :) 

GIVEAWAY KUSARAH 2014

*klik banner untuk join

Syarat-syarat penyertaan;
  • Warganegara Malaysia
  • Seorang blogger sama ada lelaki atau perempuan
  • Patuhi semua syarat yang ditetapkan
Start : 25 November 2014
Deadline : 25 December 2014
Winner Announce : 27 December 2014 (My Birthday! Tick on your calendar :p)


PRIZES

Top Refferral; [ 1 Winner ]
  • Tribal Blouse
  • 2x Button Badge

Top Comment in your entry (more than 40 comment); [ 1 Winner ]
  • 2x Chiffon Shawl 

Random Winner; [ 5 Winner ]
  • 5x Mystery Gift

Kecantikkan Amalan Jawa

Assalamualaikum wbt ,

Sekadar mencuba ~~ kann  



1.BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM...

NIYAT INGSUN ADUS CAHYA,INGSUN NGIRUP CAHYANING WONG SAK BUWANA,
YA AKU TITISANE DEWI RATIH,KANGGONAN KAELOKANI PANGERAN,ENSEMKU KADYO SRI WIDORO,RUPAKU DEWI RATIH,TEKO WELAS,TEKO ASIH,TEKO LUTUT,TEKO ASIH,SAPA KANG ADULU BADAN SARIRAKU,SAKING KERSANINGALLAH.

2.NIAT INGSUN ADUS NURCAHYANING ALLAH.PADANG GUMILANG CAHYANING
RASULULLAH,MURUP MANCUR CAHYANING DATULLAH.


3.MURUP MURUPING DATULLAH,METU MURUP RASULULLAH,ALLAH MOBAH SAKJRONING
URIP,ALLAH MUSIK SAKJRONING RASA,YA RASANING ALLAH KANG KUWASA.

: Amalan Jawa, Adda orang jawa. Ayah ~ 

Pengalaman Perbezaan Berdepan Ex Perempuan & Lelaki

Assalamualaikum wbt  ,

 
just photo .

Tetiba rindu. Ni semua cerita sebelum Adda jadi isteri dia.Tengok tajuk je dah kelakan, hehehe. Panjanglah pulop tajuknya. Kan, sorry. Tapi kan kan kan ada ke sudi nak jengguk baca. Takpelah, kita nak luah juga. Biarlah awak nak kata kita ni SS ( Syoik Sendiri ). Wuuuuu :’( . Adda dah bercinta dengan suami lamaaaaa , sejak ada tingkatan 5 . Bagi budak budak macam Adda kira lama lah tu kann. Ehh ehh. Macam macam ragam bila melayan karenah Ex Adda & Ex Suami. Bagi Adda perbezaan antara Ex lelaki & Ex perempuan sangat berbeza. Perangai memasing macam haram bila diri sendiri takboleh terima yang ex dia dah ada orang lain.

Ex Adda .
Ni Lelaki . Takkan perempuan pulop kan.

Masa baru-baru Adda cintan denga suami. Ex yang 1st penah datang merayu-2 mintak get back balik. Konon-2nya tak jumpa dah gadis macam Adda ni. Haha, melawak kuat sangat. Tapi memanglah takkan jumpa, semua perempuan yang Allah ciptakan berlainan.
Ada yang mungkin seiras, tapi .. takkan pernah sama .. kan .. Setiap perempuankan Allah cipta LIMITED EDITION .. betui kaa Adda eja. Hentam sajalah labuu …

Bagi Adda Ex lelaki senang nak handle. Walau dia kacau kita dalam mesej, asik call merayu dia takpernah kacau pasangan Adda. Kalau jumpa depan-depan pun dorang buat-buat tak kenal. Pastu lelama dia letih dia blaaaaa. Dan dia respect Suami Adda.Tapi Adda ada sorang Ex yang pelik, nama HANSOME muka JANTAN. Tapi MULUT dan PERANGAI macam orang-orang tua KAMPUNG. Duk jaja cerita sana sini memburukkan Adda. Belakang citer pulak, asik cuba call Adda. Tak ke pelik kejadian Allah yang sorang tu.

Ex Suami .
Ni Perempuan .

Selepas setahun lebih Adda duk cintan dengan suami. Suami pun dah bawak Adda balik kampong jumpa mak dia. Dengannnnnn tiba tiba ... Ex Suami datang.. Siap mesej kat facebok bagi number.. dia kata kalau boring bolehlah continue .. Continue ? Ayah dia. Haha. Adda add dia, terus takmesej dah. & kesian dia. Dia jadi lesbians. Yang sorang lagi ni. Lagi lahhh kelakaaaaaar perangai dia. Adda memang tak sangka wujudnya perempuan perasaan baguih taktahu malu macam dia. Hahaha. Sakit hati memanglah, tapi mengenangkan perangai dia yang macam baguih tu buat Adda gelak setiap kali teringat.
Suami pun satu, konon konon takut rahsia dia bocor dia duk kata. Perempuan tu adik dia, sebab muka dia dengan suami SEIRAS. Adda pun percayalah, biasalah kita ni kekadang bodoh juga. Percaya butaaaaaaaaaa macam tu je kan. Sampailah one days Ex suami tu add Adda kat Fb. Siap komen gambar Adda. Cakap “ Comelnya” . Adda pun reply “thanks”. Muka suami pucat sangat time tu, Adda siap Tanya dia. Tanak jumpa wan(SuamiAdda) ke.
Dia reply “Nak, tapi abang wan macam mengelak nak jumpa winie. Winie nak sangat jumopa dia” . Cewahh , ayat diaaa cunnnnnn punyaa. Last-2 dia bagitahu yang perempuan tu Ex dia bukan adik dia. Adda apa lagi, BANJIRlahhhhh oiiii. Gadiskannn ! Hehehe .

Dia siap kata Suami Adda duk tergila-gilakan dia. Sebab tu dia cari. Dia takut ExBf (SuamiAdda) mati bunuh diri. Apa lagi, Adda sakanlah gelakkan suami. Adda ke nak bunuh diri. Suami sampai merayu-2 kata perempuan tu Penipu. Adda dah kena tipu sekali takkan nak percayakan. Last-2 Adda stalker fb suami. Benda yang palin takboleh blah. Dia mesg Adda lain. Dia msg Suami lain, dia kata dirindu lah apa la, inilah, itulah. 

Pastu Adda reply msg dia “antara Adda dengan Wan tak ada rahsia. Dia baca fb Adda. Adda baca apa yang winie hantar” sampai harini . Diblock Adda & buat Fb baru. Tapi Adda still stalker dia. Dia perempuan yang merbahaya. Kan. Adda cuma pelik yang masih wujud perempuan yang pelik macam dia. 

: Bahagialah awak wini. Berhentilah merosakkan hubungan orang lain. Adda tahu bukan hanya Adda. Tapi kekawan awak sendiri pun awak buat macam tu. Berubahlah sayang. Adda doakan awak bahagia dunia akhirat bersama bakal suami awak Ammar' : 



INILAH PUNCA TERJADI JIKA BERSENTUHAN DENGAN BUKAN MAHRAMNYA.!!

Assalamualaikum wbt , 
Baca tau, penting untuk bukan muhrim . 


Bagi pasangan lelaki dan perempuan yang sedang pacaran atau bertunangan, inilah alasan dan sebab mengapa anda tak perlu bersentuhan dengan bukan mahram atau pasangan masing-masing di luar sana. Lihat TANDA MERAH dalam gambar di bawah.


Kajian menunjukkan bagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi di kawasan tersebut. Jadi berpegangan tangan, jantung seorang perempuan akan berdegup kencang karena cinta dan kasih sayang. Sedangkan lelaki berdegup di otak dan kemaluan kerana nafsu semata-mata.

Dari Ma’qil bin Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

“Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” (HR. Thobroni dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda:

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ مَعَ ذِي مَحْرَمٍ

“Sekali-kali tidak boleh seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya.” (HR. Al-Bukhari no. 1862 dan Muslim no. 3259).

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنَ الزِّنَى مُدْرِكٌ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

“Setiap anak Adam telah ditakdirkan bagian untuk berzina dan ini suatu yang pasti terjadi, tidak bisa tidak. Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.” (HR. Muslim no. 6925)

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat’”.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, :

مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

Tidak pernah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya terhadap kaum pria daripada fitnah para wanita.[HR Al-Bukhari no 5096]

Setelah kita mengetahui tentang larangan dan bahaya bersentuhan dengan lawan jenis yang bukan mahram berdasarkan hadits di atas

MASIHKAN ANDA BERPACARAN..???

Copas Akh Abdil Muhsin Hari Al-Kadiry & http://parahlu.blogspot.com/

Apa itu Air MANI , MAZI & WADI

Assalamualaikum wbt . 





Air Mani , Air Mazi dan Air Wadi. Apakah yang dikatakan ketiga-tiga air ni?
Mesti ramai yang keliru atau langsung tidak pernah tahu. Jadi saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi artikel yang telah saya baca dari sebuah blog dengan rakan-rakan semua.

AIR MANI 

Maksud Air Mani 
     -Air mani ialah cecair putih pekat yang keluar apabila sampai kepada kemuncak syahwat. Ia bukan najis tetapi hendaklah mandi wajib bagi mensucikannya untuk membolehkan seseorang itu menunaikan ibadat..
Hukum jika keluar Air Mani 
      Hukumnya adalah wajib untuk mandi wajib. Ini bukan suatu perkara yang boleh dimain-main kan kerana tak sah segala ibadat jika badan tak suci dari hadas.
Bagaimana Air Mani boleh keluar - 
      Air Mani tidak akan keluar tanpa diberi ransangan pada alat syahwat (alat sulit). Maknanya ianya keluar apabila kita terangsang yang amat sangat.
Pandangan mahzab terhadap air mani -
     Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Namun Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
                          
Berkata al-Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta’ala : Mani jika keluar daripada lelaki maka boleh dikenali dengan tanda-tanda berikut ; i) Air yang putih. ii) Kenyal dan melekit. iii) Memancut ketika keluar berkali-kali. iv) Keluar dengan syahwat. v) Merasa lazat ketika terpancut. vi) Menyebabkan rasa tak bermaya atau lesu. vii) Bau lembab seperti bau pasta gandum. viii) Bau seperti putih telur. Perhatian : Tidaklah disyaratkan terdapat semua ciri-ciri di atas barulah diwajibkan mandi sebab kadang-kadang ciri-ciri tersebut didapati sebahagian sahaja tetapi memadailah adanya salah satu daripada 3 ciri khusus di atas iaitu ; i) Keluar dengan syahwat. ii) Bau lembab seperti bau pasta gandum. iii) Memancut ketika keluar berkali-kali. Hukum mani adalah suci dengan mana-mana sifat sekalipun.. Adapun mazi dan wadi adalah najis yg membatalkan wudhuk tetapi tidak diwajibkan mandi. So bila air mani tu suci waimma dia kering atau basah maka dibolehkan utk dipkai pakaian tsebut utk sembahyang..  
Berdasarkan sebuah hadith dari Abu Daud,Ibnu Majah dan al-Tirmidzi.Al-Tirmidzi mengatakan hadiht ini sebagai hadis hassan sahih. Diriwayatkan dari Sahl bin Hunaif,dia berkata,cara penyucian bagi air mani: Air mani yang dah kering cukuplah sekadar mengikisnya atau membasuhnya. Dalilnya: hadith riwayat muslim: Aisyah berkata,"Aku mengikis kesan air mani pada pakaian Nabi saw yang telah kering.Kemudian baginda memakainya untuk solat." Hadith riwayat bukhari dan muslim: Aisyah berkata, "Aku membasuh kesan air mani pada pakaian Nabi saw.Kemudian baginda memakainya untuk solat.Sedangkan masih basah(baju yang dipakaii Nabi) kesan air basuhan tu pada bajunya." Dalam perkara ini,para ulama berselisih pendapat sama ada air mani perlu dibasuh atau dikikis. Yaang paling rajih,ia perlu dibasuh jika ia masih basah,jika sudah kering memadailah dengan mengikisnya kerana tsabit dari perbuatan Saiditina Aisyah.,berdasarkan sebuah hadith yang direkodkan oleh al-Daruqutni, "dari Aisyah : Aku mengikis kesan air mani Nabi saw yang telah kering,dan membasuhnya jika masih basah." JIka seseorang terlupa untuk membasuhnya ketika masih basah maka solatnya tetap sah.Kerana terlupa. 





AIR MAZI


Maksud Air Mazi -
Air Mazi ialah cecair jernih yang keluar disebabkan rangsangan ketika mukaddimah syahwat (di awal rasa rangsang).Ia merupakan air yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita aoabila seseorang itu berada dalam keghairahan (syahwat). Ia adalah sejenis najis .Warnanya jernih dan bertali.
 Hukum jika keluar Air Mazi 
     Tidak perlu mandi wajib.Tetapi jika ingin solat hendaklah menyucikan diri dan mengalas sesuatu kepada pakaian dalam jika berada di luar untuk beribadat.Elok jika tukar seluar dalam anda apabila hendak solat.
Bagaimana Air Mazi boleh keluar -
      Selain daripada pandangan yang memberangsangkan (melihat sesuatu yang boleh mendatangkan ransangan seperti gambar porno, wanita seksi.. dll) banyak lagi sebab kenapa aiar mazi boleh keluar. Antaranya ialah ketika membuang air besar atau kecil. Air Mazi terhasil apabila otot lantai pelvis tercengkam apabila meneran.Kadangkala cecair daripada pundi prostat juga akan terkeluar ketika membuang air besar. Ia berlaku apabila najis yang turun melalui usus menekan pundi prostat dan cecair  akan terkeluar menerusi saluran kencing.Warnanya jernih atau kelabu kekuningan.Semua perubahan ini adalah semula jadi dan bukannya penyakit..Seterusnya air mazi juga boleh terhasil semasa seseorang itu bermimpi yang menyebabkannya apabila terjaga dia terasa sesuatu cecair telah keluar,ini juga adalah sejenis air mazi.
Pandangan Air Mazi menurut Mazhab -Semua lama bersetuju yang air mazi ialah sejenis najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan menghisap termasuk cecair mazi ini haram atau makruh berat. para ulama juga menegaskan bahawa perlu membasuh dengan segera jika terkena air mazi tadi. Mazi dianggap najis lain yang kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi atau meminum air kencing.
Maklumat tambahan tentang Air Mazi - 
      Bagi mereka yang selalu melakukanseks oral. Anda disarankan utk menghentikan perbuatan tersebut..Perbuatan seks oral ini adalah diharamkan termasuk dalam fatwa Islam di Malaysia. Diingatkan sekali lagi, air mazi adalah HARAM untuk ditelan dan ianya ADALAH NAJIS.Walaupun ada yang beranggapan bahawa yang ditelan oleh pasangan mereka adalah air mani ( suci ) tetapi bukankah sebelum keluarnya air mani itu disertakan sekali dengan air mazi? Fikir-fikirkan la.......


Berdasarkan sebuah hadith dari Abu Daud,Ibnu Majah dan al-Tirmidzi.Al-Tirmidzi mengatakan hadiht ini sebagai hadis hassan sahih. 
Diriwayatkan dari Sahl bin Hunaif,dia berkata,"Aku selalu menghadapi masalah terlalu banyak keluar mazi.Aku dapat rasakan bahawa akulah orang yang paling banyak mandi junub.Lalu,aku ceritakan kepada Rasullullah saw.Baginda bersabda: Sebenarnya,memadai hanya engkau berwuduk.Aku bertanya: Ya rasullullah sawbagaimana jika ia terkena pakaianku? Baginda menjawab: Memadai engkau mengambil seceduk air kemudian merenjis pada pakaianmu di mana sahaja kamu lihat ada kesan mazi."


  AIR WADI 
Maksud Air Wadi -
      Adalah air putih kental yang keluar dari kemaluan seseorang selepas buang air kecil (kencing). Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, jogoing dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga. 
Hukum jika keluar Air Wadi - 
   Keluarnya air wadi maka terbatallah segala wuduk termasuk ibadat. Ianya sama seperti air mazi.Cara untuk membersihkannya ialah dengan mencuci kemaluan dan ambil semula air wuduk  kembali jika ingin solat.
Bagaimana Air Wadi boleh keluar - 
  Kadangkala air wadi boleh terhasil akibat letih atau mengangkat sesuatu yang berat selain daripada bekerja di siang hari ( mungkin ketika di waktu yang panas terik)

Sumber : cp 

BENTUK LAKI-LAKI DAYUTS DI ZAMAN MODERN

Assalamualaikum wbt ,

Rasulullah mensabdakan, ada tiga orang yang tidak akan dilihat Allah pada hari kiamat. Salah satunya adalah dayuts, yaitu laki-laki yang tidak punya rasa cemburu terhadap istrinya. Perbuatannya disebut diyatsah.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ثَلَاثَةٌ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: الْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ، وَالْمَرْأَةُ الْمُتَرَجِّلَةُ، وَالدَّيُّوثُ


“Ada tiga orang yang tidak akan dilihat Allah pada hari kiamat: orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang meniru gaya laki-laki, dan dayuts.” (HR. An Nasa’i dan Ahmad)
Menurut Kamus Al Misbah, dayuts adalah laki-laki yang tidak memiliki rasa cemburu terhadap istrinya.
Bagaimana bentuk perbuatan diyatsah atau sikap laki-laki dayyuts di zaman modern? Berikut ini contoh dan tingkatannya:
MEMBIARKAN ISTRINYA TIDAK MENUTUP AURAT


Menutup aurat adalah wajib. Tidak ada satu pun ulama yang mengingkari kewajiban menutup aurat. Sedangkan aurat wanita menurut jumhur ulama adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan. Persis sama dengan yang wajib ditutup saat shalat.
Termasuk aurat adalah rambut. Maka menutup rambut dengan kerudung, jilbab atau apapun namanya adalah wajib bagi muslimah. Jika ada laki-laki yang membiarkan istriya tidak berjilbab, tidak menutup aurat, maka ia termasuk berbuat diyatsah.
Ada pula laki-laki yang membiarkan istrinya bukan hanya tidak berjilbab, tetapi juga membuka sebagian anggota tubuhnya dengan memakai t-shirt, tank top, rok pendek, hot pan, dan sejenisnya. Yang membuka banyak aurat dan memancing syahwat laki-laki. Laki-laki seperti ini, ia semakin dekat dengan status dayyuts.
MENYURUH ISTRINYA MEMBUKA AURAT


Membiarkan istri membuka aurat adalah perbuatan diyatsah. Laki-laki yang membiarkan istrinya tidak berjilbab berarti telah berbuat diyatsah. Apalagi jika laki-laki itu malah menyuruh istrinya melepas jilbab, berarti ia semakin dekat dengan dayyuts.
Tingkatan yang lebih parah, jika laki-laki menyuruh istrinya memakai pakaian yang memperlihatkan lebih banyak auratnya hingga semakin memancing syahwat laki-laki lain.

MEMBIARKAN ISTRINYA PAMER AURAT DI INTERNET & MEDIA SOSIAL


Jika membiarkan istri membuka aurat di sekitar rumah, maka yang melihat adalah tetangga dan orang-orang terbatas di sekitarnya. Tetapi begitu seorang wanita membuka auratnya dan dipamerkan di internet atau media sosial, maka seluruh dunia bisa menikmatinya. Maka laki-laki yang membiarkan istrinya berbuat demikian, maka dia termasuk laki-laki dayyuts. Tidakkah ia cemburu dengan istrinya yang auratnya dipelototi jutaan orang?
MEMBIARKAN ISTRINYA IKHTILATH

Termasuk bentuk sikap laki-laki dayyuts di zaman modern adalah membiarkan istrinya melakukan ikhtilath dan tidak timbul kecemburuan sama sekali di hatinya, tidak pula ia mencoba melarang dan menasehatinya.
Umumnya, ini terjadi pada wanita yang telah membuka aurat kemudian bergabung dengan komunitas-komunitas antar-jenis baik karena ikatan hobi atau pertemanan. Cirinya, pada komunitas itu hubungan laki-laki dan perempuan tidak dijaga dengan baik sehingga memungkinkan saling pandang, saling mencandai, hingga bersentuhan fisik dan cipika cipiki.
MENGEKSPLOITASI ISTRINYA
Ada pula yang karena motif ekonomi, laki-laki mengeksploitasi istrinya melakukan pekerjaan yang membuatnya membuka aurat, melakukan ikhtilath dan memancing syahwat. Misalnya menyuruh istrinya menjadi penyanyi dan penari. Sehingga istrinya menghibur laki-laki lain, bergoyang di depan umum, dan sejenisnya.
MEMBIARKAN ISTRINYA (MENDEKATI) ZINA
Yang paling parah dari tingkatan dayyuts adalah laki-laki yang membiarkan istrinya berzina. Mungkin tidak secara langsung membiarkannya berzina di depan mata. Tetapi dengan cara membiarkan istrinya bebas bergaul dengan laki-laki lain, mojok, dugem, pergi ke tempat-tempat maksiat dan sebagainya yang kemudian menjadi sarana dan ‘jalan’ bagi istrinya berbuat zina. Na’udzu billah.
Semoga kita dijauhkan Allah dari perbuatan diyatsah dan dijauhkan Allah dari status laki-laki dayyuts. 


MASAALAH : Keputihan



,Assalamualikum wbt ,بسم الله الرحمن الرحيم



Islam memberikan perhatian khusus berhubung kebersihan bagi seorang Muslim. Tidak ada agama yang menjadikan urusan kebersihan di antara sepenting-penting perkara di dalam agama kecuali Islam. Kebersihan yang dituntut tidak hanya semata bersihnya pakaian, anggota dan tempat ibadat serta selamat tubuh daripada hadas kecil dan besar tetapi Islam juga menitik beratkan kebersihan batin seperti ikhlas, jauh dari hasad, dengki, bongkak dan sebagainya sebagai pelengkap ajaran Islam yang maha sempurna. Perintah ke atas setiap Muslim agar bersih dalam setiap ibadat sebagai isyarat sentiasa bersih di dalam semua perkara. Bersih adalah mengagungkan Allah, bersih adalah khusyuknya jiwa, bersih adalah kerukunan hati, bersih adalah kemurnian jiwa pemiliknya bersih adalah... bersih adalah...

            Allah menjadikan kebersihan sebagai salah satu prasyarat untuk mendapat kasih sayang Allah. Firman Allah Taala di dalam surah al-Baqarah ayat 222;
 
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.
 Pujian Allah kepada Ahli Quba’ di dalam surah at-Taubah ayat 108;
 
Maksudnya: Orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).

            Seorang Muslim mesti menjadi contoh kepada segala kecantikan, kesempurnaan dan kebersihan dalam kehidupan seharian. Lambang kepada kebersihan zahir dan batin sebagaimana pesanan baginda kepada sekelompok daripada sahabat di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmad, Hakim dan Baihaqi;

Maksudnya: Sesungguhnya akan kamu masuk bertemu saudara kamu, maka indahkan kenderaan kamu, elokkan pakaian kamu sehingga kamu seperti tahi lalat (jelas terlihat) di hadapan orang ramai. Sesungguhnya Allah tidak menyukai dosa-dosa pada perbuatan dan perkataan dan sengaja melakukan dosa.
 Bahkan tuntutan kecantikan menjadi terlebih utama apabila ada keterikatannya dengan sah atau tidaknya sesuatu ibadat yang dilakukan. Sabda Nabi J sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ibn Majah;
 
Maksudnya: Allah tidak menerima sedekah daripada jalan haram dan tidak menerima solat tanpa bersuci.


Keputihan: Sebatian yang di rembes oleh sistem peranakan wanita
Maka daripada definisi tersebut dapat difahami keputihan yang keluar dari sistem peranakan wanita terdiri daripada;
1)    Lembapan faraj: Sedikit lembapan yang didapati oleh seorang wanita apabila meletakkan kain di farajnya.
2)    Al-Qassah al-Baido’: Berkata Imam al-Zailaie t: Sesuatu yang seperti benang putih(bertali) yang keluar dari kemaluan wanita pada hari terakhir haidnya. Sebagai tanda wanita itu telah suci.
Sebahagian ulama mengatakan: Air putih yang keluar pada akhir tempoh haid.
3)    Mazi: Lendir lembut yang likat yang keluar dari qubul tanpa memancut ketika bersyahwat.
4)    Wadi: Lendir lembut putih yang keluar setelah kencing atau keletihan.

5)    Mani: Lendir likat yang keluar dari kemaluan ketika kemuncak syahwat. Mani wanita kuning dan lembut.
         
Semua ini merupakan istilah khusus di kalangan fuqaha berhubung lendir selain darah yang keluar dari sistem peranakan wanita. Di dalam bahasa awam ia dipanggil keputihan. Berkenaan mazi, wadi dan mani tidak dibahaskan di sini kerana sifat dan kriteria air tersebut dapat dikenali dan dibezakan di antara satu sama lain dan hukum mengenai keduanya jelas di sisi kita.
             Perbahasan hanya menjurus yang pertama dan kedua (lembapan faraj & Al-Qassah Al-Baido’) kerana ini yang dimaksudkan dengan keputihan di dalam bahasa orang ramai.


KEADAAN KEPUTIHAN YANG KELUAR DARI SEORANG WANITA
الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ              

إِنَّكُمْ قَادِمُونَ عَلَى إِخْوَانِكُمْ فَأَصْلِحُوا رِحَالَكُمْ وَأَصْلِحُوا لِبَاسَكُمْ حَتَّى تَكُونُوا كَأَنَّكُمْ شَامَةٌ فِي النَّاسِ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفُحْشَ وَلَا التَّفَحُّشَ


لَا يَقْبَلُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ صَدَقَةً مِنْ غُلُولٍ وَلَا صَلَاةً بِغَيْرِ طُهُورٍ

APA ITU KEPUTIHAN?
Terdapat tiga keadaan keputihan yang keluar dari sistem peranakan seorang wanita;

1)     Normal: Faraj mengeluarkan lendir tidak  berwarna dan tidak berbau. Ia berfungsi sebagai pelindung semula jadi dengan cara mengurangkan geseran dinding faraj ketika berjalan dan ketika saat melakukan hubungan seks. Dalam keadaan normal lendir ini dominan dan tidak berlebihan, hanya sekadar untuk menjaga ekosistem faraj. Lendir jenis ini tidak keluar dari sistem peranakan wanita dan tidak dipermasalahkan oleh para wanita. Ia seumpama air liur yang sentiasa berada di dalam mulut.

2)     Normal: Keadaannya sepertimana yang pertama. Akan tetapi kadarnya agak berlebihan sehingga ianya meleleh keluar dari sistem peranakan seorang wanita. Ini yang dinamakan keputihan mengikut bahasa awam dan dipermasalahkan oleh para wanita mengenai hukum berkenaannya. Keputihan ini keluar pada ketika;

- Tanda suci dari haid.

- Keluar sebelum kedatangan haid.

- Keluar ketika hamil.

- Keluar ketika waktu subur.

- Ketika persetubuhan dan naik syahwat. (Keputihan ini dikeluarkan dari bibir faraj)

- Mencantumkan di antara benih lelaki dan wanita dan sebagai pembekal makanan kepada benih lelaki yang berada di dalam rahim. (Keputihan ini dikeluarkan oleh pangkal rahim)

- Keluar ketika dalam kemurungan atau kegembiraan teramat sangat.

- Selepas menopaus.


3)     Tidak normal: Keadaan ini berlaku apabila keputihan yang keluar terlalu banyak dan berlaku perubahan pada warna, bau dan rasa gatal. Lendir menjadi kekuningan sehingga kehijauan, rasa gatal, luka bibir faraj, terlalu kental dan berbau. Keadaan ini memerlukan rawatan doktor.



Dari sini dapat difahami bahawa keputihan adalah lembapan faraj yang dimaksudkan oleh fuqaha di dalam kitab-kitab mereka. Lembapan faraj yang normal seumpama peluh pada kulit kita masing-masing. Apabila lembapan ini di rembes secara berlebihan oleh badan, maka awam menamakannya sebagai keputihan.


Adapun keputihan yang keluar sebagai petanda sucinya wanita daripada haid disebut di dalam istilah khusus fuqaha sebagai Al-Qassoh Al-Baido’. Setiap wanita dapat mengetahui dirinya telah tamat tempoh haid dengan dua keadaan; Sama ada dengan keluarnya keputihan atau kering dari darah haid dengan cara dimasukkan kapas ke dalam kemaluan dan kapas itu tidak dicemari dengan darah haid. Ini berdasarkan hadis Saidatina Aisyah g yang diriwayatkan oleh Bukhari:
 

كُنَّ نِسَاءٌ يَبْعَثْنَ إِلَى عَائِشَةَ بِالدُّرَجَةِ فِيهَا الْكُرْسُفُ فِيهِ الصُّفْرَةُ فَتَقُولُ لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ

Maksudnya: Sekumpulan wanita pergi bertemu dengan Saidatina Aisyah dengan kapas yang terdapat kekuningan padanya. Maka berkata Saidatina Aisyah: Jangan kalian gopoh, sehinggalah kalian melihat lendir putih.


Ibn Hajar menyebut di dalam Fath Bari: Al-Qassah ialah air putih yang dikeluarkan oleh rahim apabila berakhir tempoh haid.

Berkata Imam Malik: Aku pernah bertanya wanita mengenai lendir putih tersebut. Ia merupakan perkara yang makruf yang para wanita mengetahuinya ketika bersih daripada haid.
 

KAWASAN YANG MENGELUARKAN KEPUTIHAN
Terdapat empat tempat yang mengeluarkan keputihan bagi wanita;

1)     Vulva (Bibir faraj)

2)     Vagina (Faraj)

3)     Cervix (Pangkal Rahim)

4)     Uterus (Rahim).


Kawasan yang paling banyak mengeluarkan keputihan yang berlebihan jika berlaku perubahan hormon ialah pangkal rahim dan faraj.

  
PERANAN KEPUTIHAN NORMAL KEPADA WANITA

 Keputihan yang normal berperanan sebagai;

1)     Melembap

2)     Membersihkan

3)     Penyediaan medium pH yg sesuai utk badan dan peranakan

4)     Cairan semula jadi yang membantu ketika berlaku persetubuhan.

5)     Membersihkan sistem peranakan dan membuang sel-sel lama dan mengganti dengan yang baru.


Di dalam Subul as-Salam menukilkan ucapan para doktor: Sesungguhnya air putih ini (Al-Qassah) yang datang setelah haid sebagai melembutkan dinding rahim. Dinding rahim dibalut dan melembut dengan air ini sebagai persediaan menyambut benih baru setelah membuang benih lama yang tidak disenyawakan. Mereka berkata: Ia sebagai katil dan hamparan kepada tetamu yang ditunggu.


1)     Adakah keputihan itu membatalkan wuduk?

2)     Adakah keputihan itu najis?

 
PERKARA MEMBATALKAN WUDUK

Terdapat 4 perkara yang membatalkan wuduk di dalam Mazhab kita Imam Syafie;

1)     Keluar sesuatu dari qubul atau dubur kecuali mani

2)     Hilang akal kecuali tidur tetap papan punggung

3)     Sentuh kulit lelaki dan wanita tanpa lapik

4)     Menyentuh kemaluan anak Adam dengan telapak tangan.



Apakah qubul bagi seorang wanita?
Jelas kepada kita semua tanpa diperjelaskan qubul wanita berbeza dengan qubul bagi seorang lelaki. Penjelasan berkenaan ini penting agar tidak meletakkan hukum yang berlainan pada tempat yang sama.


Berkata al-Khatib Syarbini: Para Fuqaha menggunakan bahasa “keluar dari dua jalan” sekadar mengikut kebiasaan kerana hakikatnya bagi wanita terdapat tiga jalan. Dua di qubul dan satu di dubur.

Dua saluran qubul yang dimaksudkan bagi wanita ialah saluran peranakan dan saluran kencing.

Apakah semua yang keluar dari qubul membatalkan wuduk?
Para Fuqaha membahagikan benda yang keluar dari qubul dan dubur dengan;


1)     Kebiasaan keluar melalui jalan tersebut seumpama tahi, air kencing, angin, mazi dan wadi. Adapun keluar mani tidak membatalkan wuduk.
2)     Jarang-jarang keluar dari qubul dan dubur seumpama batu, cacing, kencing tidak lawas dan istihadah.


Pada pandangan Syafieyah batal wuduk jika keluar sesuatu dari qubul atau dubur sama ada benda yang menjadi kebiasaan keluar dari situ atau tidak. Hanya sanya terdapat perbincangan Ulama selain Syafieyyah pada benda yang tidak menjadi kebiasaan yang keluar dari qubul atau dubur seumpama batu, cacing dan seumpamanya. Maka dapat disimpulkan di sini, keputihan yang keluar merupakan salah satu di antara perkara yang membatalkan wuduk.

 
ADAKAH KEPUTIHAN ITU NAJIS?
Berselisih ulama pada hukum keputihan berdasarkan definisi yang diberikan oleh mereka berhubung keputihan: Air yang berada di antara mazi dan peluh.


1)    Kelompok yang mengatakan unsur peluh lebih banyak di dalam keputihan mengatakan ia bersih. Ini kerana peluh bersih dan tidak najis. Ini berdasarkan hadis Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Muslim:



عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ دَخَلَ عَلَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ عِنْدَنَا فَعَرِقَ وَجَاءَتْ أُمِّي بِقَارُورَةٍ فَجَعَلَتْ تَسْلِتُ الْعَرَقَ فِيهَا فَاسْتَيْقَظَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا أُمَّ سُلَيْمٍ مَا هَذَا الَّذِي تَصْنَعِينَ قَالَتْ هَذَا عَرَقُكَ نَجْعَلُهُ فِي طِيبِنَا وَهُوَ مِنْ أَطْيَبِ الطِّيبِ
Maksudnya: Baginda Nabi masuk kepada kami dan tidur qailulah. Baginda berpeluh ketika tidur. Maka ibu ku datang dengan membawa bekas lalu menadah peluh baginda ke dalam bekas tersebut. Baginda Nabi terjaga dan berkata: Wahai Umma Sulaim, apa yang sedang engkau lakukan. Dia menjawab: Ini peluh mu. Kami ingin menjadikannya ia minyak wangi kami dan ia merupakan sebaik-baik wangian.

2)    Kelompok yang mengatakan unsur mazi lebih banyak di dalam keputihan mengatakan ia najis. Ini berdasarkan hadis Sayidina Ali yang diriwayatkan oleh Muslim:
 

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ كُنْتُ رَجُلًا مَذَّاءً وَكُنْتُ أَسْتَحْيِي أَنْ أَسْأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَكَانِ ابْنَتِهِ فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بْنَ الْأَسْوَدِ فَسَأَلَهُ فَقَالَ يَغْسِلُ ذَكَرَهُ وَيَتَوَضَّأُ



Maksudnya: Aku lelaki yang sentiasa keluar air mazi. Aku malu untuk bertanya baginda Nabi J kerana aku menantu baginda. Aku meminta al-Miqdad bin Aswab untuk bertanya baginda. Baginda menjawab: Hendaklah dia membasuh kemaluannya dan berwuduk.
 
Dari hadis ini jelas menunjukkan mazi najis dan membatalkan wuduk.
Kelompok yang mengatakan lembapan/keputihan menyamai peluh lebih kuat. Maka daripada apa yang telah disebutkan dapat disimpulkan sebagaimana yang disebut di dalam Nihayah al-Muhtaj & Tuhfah al-Muhtaj (dua kitab muktabar di dalam Mazhab Syafie):

 Keputihan itu terdapat tiga jenis:

1)     Bersih. Iaitu yang berada di tempat yang terzahir ketika duduk bagi seorang wanita. Kawasan yang wajib dibasuh ketika mandi junub dan istinjak. (Keputihan yang datang dari bibir faraj /vulva).

2)     Najis. Keluar dari dalam faraj. Iaitu kawasan yang melebihi kadar yang boleh dicapai oleh zakar.(Keputihan yang datang dari pangkal rahim/cervic dan rahim/uterus)

3)     Bersih mengikut pendapat terkuat. Dari kawasan yang mampu dicapai oleh zakar. (Keputihan yang datang dari faraj/vagina. Panjang vagina dalam 7-9 cm).

Di sini dapat kita memahami kaedah ulama yang mengatakan setiap benda yang mengalir di dalam tubuh benda hidup hukumnya najis. Seumpama darah, muntah, kencing dan lain-lain.


- Kemungkinan ada yang mempersoalkan, kenapa dihukum bersih keputihan/lembapan yang datang dari kawasan yang boleh dicapai oleh zakar sedangkan ia termasuk kawasan di dalam tubuh manusia?. Penulis tambah di sini fatwa Ibn Hajar al-Haitami di dalam kitabnya al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah berhubung masalah tersebut:


“Soalan: Keputihan/lembapan yang secara nas mengatakan ianya bersih, apakah termasuk keputihan yang didapati ketika berjimak yang kadang-kadang ianya keluar, ataupun ia tidak termasuk kategori bersih?

 Jawapan: Secara jelas sesungguhnya lembapan faraj haiwan (termasuk manusia)  yang bersih, juga bersih jika ia berada di zahir. Iaitu yang didapati di antara dua bibir faraj. Sama hukum bersih sama ada masih di bibir faraj atau yang telah berpindah.

Berlainan hukumnya lembapan yang datang dari dalam iaitu yang datang dari belakang bibir faraj. Ianya najis akan tetapi tidak dikatakan najis kecuali setelah berpindah dari tempat asalnya (dalam faraj). Ini kerana setiap yang masih berada di dalam rongga tidak dihukumkan dengan najis kecuali setelah berpisah dari tempat tersebut.

Bertitik tolak daripada situ tidak dikatakan najis zakar individu yang bersetubuh kerana asal normal keadaan tidak akan meleleh keluar lembapan dari dalam faraj. Jika diyakini keluar lembapan itu ketika jimak maka najislah bibir faraj dan zakar yang menyetubuhinya. Maka lembapan yang keluar ketika jimak;

1)     Diyakini datang dari zahir
2)     Syak sama ada datang dari zahir atau dari dalam. Kedua-dua keadaan ini dihukumkan ia bersih
Jika diyakini ia datang dari dalam maka lembapan itu najis.”

 KESIMPULAN
1)     Keputihan yang keluar tidak semestinya penyakit. Keputihan yang normal atau tidak dapat diketahui oleh wanita itu sendiri

2)     Keputihan/lembapan yang berada di bibir faraj bersih sama ada terpisah dari bibir faraj atau tidak. Ia menyamai peluh di anggota badan. Ini pendapat terkuat di kalangan Syafieyah.

3)     Keputihan yang datang dari kawasan dalam faraj tidak dihukumkan najis kecuali terpisah dari kawasan asalnya.

4)     Jika meragui sama ada lembapan/keputihan dari bibir faraj atau dalam faraj, maka hukumnya bersih.

5)     Jika pasti lembapan/keputihan dari dalam faraj sepakat ulama syafieyah mengatakan ia najis.

6)     Keputihan yang keluar dari dalam rongga peranakan sehingga membasahkan pakaian dalam membatalkan wuduk kecuali pakaian dalam dilembapkan oleh lendir dari bibir faraj. Ini tidak membatalkan wuduk.

Nota hujung: Dikatakan di antara punca masalah keputihan (tidak normal) yang berlebihan sehingga keputihan yang keluar menjadi kekuningan sehingga kehijauan dan berbau busuk yang menimpa para wanita adalah disebabkan memakan kubis bulat atau kuahnya. Kesannya boleh membawa kegatalan, rasa sakit, tidak selesa dan jangkitan kuman kepada kemaluan wanita tersebut. Jika masalah ini serius ia boleh membawa kepada penyakit kanser pangkal rahim, kemandulan dan Migrain.
Allahu A’lam
Cp . 


Blog Archive

Copyright © 2011 AddaAbdullah - All Rights Reserved - Template by Adda Abdullah